Berhubung dengan panggilan temuduga pemilihan peserta Felcra Sri Makmur yang diadakan pada bulan Februari 2010 yang lepas, ada rasa terkilan dikalangan seetengah pihak walau pun pehak itu sendiri dipanggil menghadhiri temuduga tersebut.
Berita harian dalam ruangan surat pembacanya telah menyiarkan komentar. Antara luahan komentar tersebut seperti berikt:
"Apa yang ingin diluahkan rasa ketidakpuasan hati ialah kenapa golongan  yang mewah dan berjawatan tinggi dipilih untuk temu duga saham ini  seperti yang berjawatan guru, jururawat malah pensyarah sekalipun  terpilih.  
 
   Kenapa mesti memilih anak-beranak, saudara mara pihak pentadbiran  Felcra itu sendiri? Ke mana hak kami yang kurang berkemampuan dan  berpendapatan rendah? Kenapa ibu tunggal yang menanggung anak malah  menoreh getah yang bukan miliknya tidak di panggil untuk ditemuduga.  
 
   Ada juga peserta yang sudah dapat di tempat lain tetapi masih  lagi dipanggil untuk temu duga saham sawit. Adakah kerana ada pihak  pentadbir di sini memilih dan ia haruslah didahulukan anak beranak atau  saudara mara?   "
Sebagai penjelasan kepada kemusykilan diatas,  memang diakui bahawa ada diantara calon yang dipanggil temuduga merupakan mereka yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Bagaimana pun untuk makluman semua, pehak jawatan kuasa pemilihan peserta Felcra memutuskan untuk memanggil semua pemohon yang mengisi borang permohonan untuk hadhir temuduga.
Walau bagaimana pun, keputusan muktamad akan dibuat berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pehak kerajaan. Dengan itu hadhir temuduga semata-mata tidak menjamin mereka itu pasti dipilih.
Bagi generasi kedua anak-anak peserta yang sedia ada, pemilihan mereka menjadi peserta telah pun dilaksanakan beberapa tahun dahulu untuk mengisi kekosongan di Felcra Sri makmur Peringkat Tiga.
Sungguh pun begitu memang ada yang masih belum terpilih lagi tetapi jika mereka tidak mengisi borang permohonan menjadi peserta, maka mereka tidaklah dapat dipanggil untuk menghadhiri temuduga.
Sekiranya ada kemusykilan mengenai perkara ini, silalah berhubung dengan pejabat Felcra Sri Makmur yang ada berhampiran rumah tuan-tuan, atau bertanyalah dengan Ketua kampung atau ahli jawatan kuasa kampung Sri makmur, berhubuglah dengan Umno cawangan Felcra Sri Makmur untuk mendapat fakta sebenar. Elakkanlah mereka cipta tohmahan yang tidak berasas.
Majlis Tertinggi Alumni Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah 
Kecewa Pemimpin UMNO Dilantik Lembaga Pengarah
                      -
                    
*KUANTAN:* Majlis Tertinggi Alumni Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan 
Abdullah (UMPSA) kecewa terhadap pelantikan seorang pemimpin akar umbi UMNO 
Pahan...
6 hours ago
 












 
 
 
 
