SEREMBAN – December 3, 2011 - Jumlah dividen diagihkan Felcra Berhad (Felcra) kepada para peserta tanaman semula berkelompok di 12 lokasi sekitar negeri ini sepanjang tahun lalu meningkat lebih dua kali ganda berbanding 2009.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Felcra membayar dividen sebanyak RM40,598,564 pada 2010 manakala sejumlah RM18,359,521 dibayar pada tahun sebelumnya.
“Lokasi-lokasi tanaman semula berkelompok adalah di Lakai, Kerangai Penagoh, Purun dan Gagu di Jelebu; Temeris dan Kepis di Kuala Pilah, Air Hitam dan Serting di Jempol, Bukit Jelai dan Pondoi di Tampin, Durian Daun di Rembau dan Rantau di sini.
“Kawasan yang menghasilkan kelapa sawit adalah seluas 7,098 hektar manakala penghasilan getah meliputi kawasan seluas 5,180 hektar,” katanya di sini.
Dalam perkembangan sama, menurut beliau, nilai pendapatan bagi komoditi kelapa sawit menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak RM8,566 setiap hektar tahun lalu berbanding RM7,186 pada 2009.
Kata Mohamad, pendapatan menerusi tanaman getah turut melonjak kepada RM11,398 setiap hektar pada 2010 berbanding RM8,349 tahun sebelumnya.
“Keseimbangan pendapatan peserta berbanding kenaikan harga komoditi dipengaruhi oleh faktor lain seperti umur pokok, produktiviti projek dan saiz pegangan pemilikan setiap individu dalam sesuatu lot,” katanya.
Sinar Harian
UMNOs Da Vinci code: searching for the golden chalice. Tales by an unknown
blogger no 40.
-
1. If the name of the personality in the purported addendum, were a mister
poh Kee mak or Mr tong Sam pah, would there be calls for the council of
Malay ru...
2 days ago