KUALA LUMPUR 26 Okt. 2007 - Seorang pengawal keselamatan mati ditembak oleh seorang perompak yang melarikan wang tunai RM20,450 dari sebuah bank di Taman Muda, Ampang di sini hari ini. Kamaruzzaman Hussain, 36, yang berasal dari Felcra Sri Makmur, Kuantan, Pahang meninggal dunia di Hospital Ampang kira-kira sejam selepas kejadian pada pukul 9.35 pagi akibat dua das tembakan yang mengenai kepala dan lengan kirinya. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC II Mazlan Mansor berkata, pengawal itu yang ternampak dengan perompak itu mengacukan pistol automatik kepada seorang kerani di kaunter bank itu cuba menghalang dengan melepaskan tembakan...
Untuk Arwah Ibu Bapa, Maulana Juhari Terima Anugerah Sempena Sambutan Maal
Hijrah Peringkat Negeri Pahang
-
*KUANTAN: *Pengorbanan ibu bapa menjadi kunci kejayaan Mudir Madrasah Darul
Uloom Al-Islamiah, Sungai Salan, Maulana Juhari Muhammad Ali yang menerima
An...
19 hours ago