Selamat Datang Ke Felcra Sri Makmur Blog

Thursday, July 28, 2011

Mahkamah Rayuan sahkan pembebasan bekas Ketua Pengarah Felcra

28 Julai, 2011 - Mahkamah Rayuan hari ini mengesahkan pembebasan bekas Ketua Pengarah Felcra, Datuk Mustapa Juman, daripada tuduhan melakukan pecah amanah membabitkan RM40 juta.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Sulaiman Daud memutuskan bahawa tiada sebab bagi panel itu untuk campur tangan dengan fakta dapatan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi berhubung keputusan mengenai pembabitan Mustapa dalam pemindahan wang.
Oleh itu, Hakim Sulaiman yang bersidang berhubung rayuan itu dengan Hakim-Hakim Datuk Azhar Ma'ah dan Datuk Mohamed Apandi Ali menolak rayuan akhir yang dibawa pihak pendakwaan dan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi berhubung pembebasan Mustapa.

Panel hakim membuat keputusan itu selepas mendengar penghujahan daripada Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Abazafree Mohd Abbas, bagi pihak pendakwaan dan peguam bela V Rajadevan dan Mohd Fozi Md Zain yang mewakili Mustapa.

Rajadevan memberitahu pemberita bahawa mahkamah sudah memutuskan bahawa tidak berlaku pecah amanah kerana arahan memindahkan wang bukan datang daripada responden (Mustapa).

Selepas mahkamah mengumumkan keputusan itu, Mustapa, 64, kelihatan menangis dan memeluk peguamnya.

Pada 3 Disember, 1999, Mustapa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tiga tuduhan melakukan pecah amanah terhadap wang Felcra berjumlah RM40 juta di Pejabat FELCRA, Tingkat 3, Bangunan Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Jalan Bukit Bintang di Kuala Lumpur pada 6, 7 dan 9 Mei, 1997.

Pada 15 Mei, 2009, Mahkamah Tinggi menolak rayuan pendakwaan dan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen pada 30 Mac 2006 yang melepaskan dan membebaskannya daripada tuduhan.

- Bernama

Ulasan:

Dengan pembebasan bekas Ketua Pengarah Felcra ini, bermakna semua pegawai kanan agensi dibawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar era Tan Sri Annuar Musa telah didapati tidak bersalah oleh mahkamah.

Tiga pegawai yang lain ialah bekas KSU kementerian, Pengurus Besar Ketengah dan
Pegawai Kanan Risda.

Pelik juga dengan kementerian ini pada era Tan Sri Annuar Musa.
read more...

Wednesday, July 13, 2011

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan SKM-Felcra Bhd - 12 Julai 2011

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan SKM-FELCRA Berhad telah diadakan pada 12 Julai 2011 di Bilik Gerakan, Tingkat 6, Wisma FELCRA Berhad. Mesyuarat ini diadakan setiap 2 kali setahun. Seramai 17 orang wakil dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) hadir ke mesyuarat. Agenda-agenda yang dibincangkan ialah laporan semasa Koperasi Peserta Rancangan FELCRA Berhad dan halatuju KPR. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FELCRA Berhad iaitu Yang Berbahagia Dato' Juzilman Bin Basir bermula jam 9.30 pagi dan tamat pada jam 1.00 petang.

Antara resolusi yang dicadangkan ialah:
  1. Memohon kepada pihak SKM untuk meningkatkan bantuan TMP-SKM oleh KPR FELCRA Berhad.
  2. CEO mencadangkan agar jumlah pendapatan KPR ditingkatkan kepada RM30 Juta setahun.

Semoga mesyuarat ini akan mengeratkan lagi ikatan di antara FELCRA Berhad dan SKM. Dicadangkankan Disember 2011, pihak SKM pula akan menjadi tuan rumah mesyuarat.



Sebahagian ahli-ahli mesyuarat SKM-FELCRA Berhad


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FELCRA Berhad


Pengerusi Eksekutif SKM


Sebahagian korum mesyuarat

Pengurus Besar Wilayah Tengah
 


Encik Sulaiman Jaafar, Pengurus Besar KPFB

sumber: institusifb.blogspot

read more...

Thursday, July 7, 2011

Status Lot Tapak Rumah Peserta Felcra Sri Makmur - bahagian 3

Lanjutan daripada entri diatas bahagian 1 dan bahagian 2, penulis dapati ada beberapa komen yang datangnya mungkin daripada anak-anak peserta Felcra Sri Makmur.

Maka ternyata isu lot tapak rumah ini walau pun isu lama, ianya masih membelenggu minda peserta Peringkat Satu dan Peringkat 2.

Dalam perbualan secara tidak langsung penulis dengan anak peserta Peringkat Pertama, mendapati anak muda ini ada mengambil tahu mengenai perkara ini. Beliau ada menyatakan harga rumah termasuk tapaknya, seperti difahamkan oleh kakitangan Felcra kepadanya, ialah sebanyak RM3,000 bagi satu uint/lot. Samada angka ini benar atau sebaliknya, tidaklah dapat penulis sahkan. Hanya pehak berkuasa Felcra yang dapat mengesahkan.

Walaubagaimana pun, dalam perbualan dengan pemuda itu, ada pendirian yang berbeza diambil oleh anak-anak peserta ini terhadap status hakmilik tapak rumah. Ada golongan yang mahukan penyelesaian dibuat dengan seberapa cepat yang boleh kerana sudah ramai peserta yang telah meninggal dunia dan masaalah penentuan pewaris yang mana berhak keatas tapak rumah itu tidak dapat diputuskan.

Pada masa ini apa yang boleh diuruskan ialah bersandarkan permaufakatan antara sesama pewaris menentukan pembahagian hak masing-masing keatas saham ladang (mungkin termasuk tapak rumah) semasa meguruskan harta pusaka melalui keputusan bicara harta pusaka yang dikendalikan di Pejabat Tanah.

Satu golongan lagi mengambil pendekatan tidak kisah dengan apa yang berlaku. Alasannya bila ada hakmilik, akan menimbulkan kesukaran untuk memilih siapa dikalangan pewaris yang patut mendapatkannya. Golongan ini berpendapat, sebahagian besar adik-beradik atau semuanya memang memerlukan rumah kerana mereka sendiri masing-masing tidak ada rumah. Jadi bila ada geran hakmilik, hanya seorang sahaja yang akan memiliki rumah. Pastinya yang lain-lain itu akan berkecil hati. Oleh itu biarlah tidak ada geran kerana dengan tidak ada geran hakmilik, semua sekali dapat berkongsi hak keatas lot rumah itu.

Walau apa pun pandangan kedua-dua golongan ini, pehak berkenaan perlulah memandang isu ini melalui kacamata rasional dimana setiap lot akhirnya perlulah dikeluarkan hakmilik.

Penulis percaya, pehak pengurusan Felcra sedar masaalah yang dihadapi oleh generasi anak-anak peserta Felcra Sri Makmur ini. Dengan sebab itulah sebahagian daripada Peringkat Tiga Felcra Sri Makmur telah pun dianugerahkan kepada anak-anak peserta menjadi peserta baru dengan kadar luas setiap lot 4 ekar bagi setiap orang yang berjaya.

Felcra juga sedang merangka program khusus untuk membina rumah kediaman untuk generasi ini. Satu kertas kerja telah pun disempurnakan dan difahamkan baru-baru ini satu temuduga pemilihan calon-calon untuk projek ini telah pun diadakan di Felcra Sri Makmur.

Penulis berharap usaha Felcra mengadakan projek perumahan khusus untuk generasi kedua dapat dipercepatkan bagi membantu mengatasi masaalah tempat kediaman yang ternyata serius di rancangan ini. Pada masa ini rumah untuk disewa pun sangat-sangat terhad. Bahkan Felcra kawasan sendiri membantu dengan cara menyewakan kuatersnya yang kosong kepada anak-anak peserta yang amat memerlukan rumah kediaman.

Penulis juga berharap kepada pehak pengurusan Felcra supaya mempertingkatkan infomasi mengenai program-program yang melibatkan generasi kedua supaya mereka tahu bahawa golongan mereka tidak dipinggirkan.

Penulis tahu blog ini juga dijengok oleh pegawai-pegawai Felcra dari ibu pejabat dan mereka tentu menemui komen-komen daripada pelawat-pelawat.

Adalah baik pehak Felcra meluangkan sedikit masa untuk memberi penjelasan supaya semua pehak mendapat info dari pehak yang betul.
read more...

Monday, June 13, 2011

Perhilitan Awasi Gajah Ancam Penduduk

MACHANG, 13 Jun 2011 (Bernama) -- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan sedang mengawasi sekumpulan gajah yang memusnah dan menakutkan penduduk di beberapa buah kampung terutama di Hutan Simpan Ulu Sat di sini sejak dua minggu lepas.

Renjer Kanan Perhilitan Kelantan, Salehuddin Mohd Yusuf berkata pihaknya menempatkan lapan anggota yang diketuainya di sekitar kampung terbabit bagi memudahkan orang ramai membuat aduan berkaitan kehadiran haiwan liar itu.

"Malam tadi kami dapat mengesan antara lima hingga enam ekor gajah memasuki kampung berhampiran Felcra tetapi pulang semula ke Hutan Simpan Ulu Sat," katanya ketika ditemui di sini, Isnin.

Bulan lepas jabatan itu berjaya menangkap seekor gajah jantan seberat 2,500 kilogram dan dihantar ke Taman Negara yang dipercayai berasal dalam kumpulan yang sama.

Salehuddin berkata kumpulan gajah itu kini dikesan masih berkeliaran terutama pada waktu malam di beberapa buah kampung di sekitar Bukit Baka, Cherang Hangus dan Pak Pucuk selain Ulu Sat.

Beliau menasihatkan penduduk agar bertenang kerana haiwan itu tidak akan menyerang jika tidak diganggu dan diancam dan pada masa ini ia tidak menceroboh kawasan perkampungan penduduk.

Katanya kumpulan gajah berkenaan menceroboh kawasan ladang apabila kawasan hutan kediaman tradisi mereka diancam dengan aktiviti pembalakan.

Sementara itu, seorang penduduk, Mohamad Jaafar, 69, berkata sebahagian kebun nanasnya mengalami kerosakan apabila menjadi laluan gajah itu sejak lima hari lepas.

Ulasan:

Dari mana kumpulan gajah itu datang?

Hutan Simpan Hulu Sat itu bercantum dengan hutan Hulu Besut Trengganu dan banjaran bukit daripada Bukit Yong, Pasir Putih memanjang ke selatan hingga ke Tasek Kenyir Trengganu.

Mungkinkah kumpulan gajah tersebut datang daripada kawasan hutan Kenyir dan terbabas hingga ke hujung banjaran bukit yang berakhir di Bukit Yang?

Sebelum ini belum pernah di rekodkan kawasan Bukit Baka ada gajah liar, melainkan pada zaman Tok Janggut dahulu.
read more...

Monday, May 30, 2011

Orang Asli Perguna Isu Kubur Menuntut Tanah

Pada 16 Mei 2011 lepas jam 3.00 petang bertempat di balai raya Kampung Gumum, Tasek Chini, Pekan, Pahang berlangsung satu dialog diantara kaum Orang Asli tempatan dengan beberapa agensi kerajaan yang berkenaan.

Pegawai kerajaan yang hadir terdiri daripada Pegawai Daerah Pekan, Pentadbir Tanah Daerah Pekan, wakil Pejabat Tanah dan Galian Negeri, wakil Jabatan Kebajikan Orang Asli, wakil PDRM Daerah Pekan, Penghulu Mukim Penyor, Ketua Kampung Salong bersama wakil pemilik tanah Kampung Salong serta pemaju projek Bukit Empang dan YB ADUN Chini sebagai pengerusi.

Orang Asli mengangkat tangan mengaku mempunyai waris yang dikuburkan di Bukit Empang

Majlis dialog ini diadakan berpunca daripada aduan polis yang dibuat oleh Ketua Orang Asli Gumum yang mendakwa bahawa kawasan tanah di Bukit Empang, Salong adalah hak mereka melalui dasar tanah tersebut sebagai tanah saka.

Selain itu mereka juga mendakwa dalam kawasan tersebut terdapat 11 perkuburan datuk nenek mereka.

Sudah menjadi trend Orang Asli dimana-mana juga pada masa ini, mereka akan membuat tuntutan keatas mana-mana kawasan yang pernah mereka merayau, tidak kira kawasan tersebut merupakan tanah yang mempunyai status hakmilik yang sah atau sebaliknya.

Dalam isu di Bukit Empang ini, fakta yag ada ialah kawasan ini pernah didiami oleh sekumpulan Orang Asli sebelum tahun 1960han dahulu. Kumpulan ini diktuai oleh seorang Batin yang bernama Penghulu Kidin.

Setelah isteri kepada Batin ini mati, semua Orang Asli itu berpindah ke Tasek Chini. Beberapa ketika selepas berpindah, Batin Kidin telah berbincang dengan Ketua Kampung Salong untuk menjual tanah tapak kediaman dan kebun mereka di Bukit Empang itu kepada sesiapa penduduk kampung Salong, kerana semua anak buahya tidak lagi berhajat kembali ke situ.

Selepas perbincangan itu, berlakulah proses jual beli antara kedua-dua pehak.

Setelah selesai proses jualbeli itu, Orang Asli tersebut tidak lagi membuat apa-apa tuntutan keatas kawasan tersebut.

Dipehak orang Kampung Salong pula, apabila selesai proses jual beli, barulah mereka berani masuk ke dalam lot masing-masing untuk memulakan kerja-kerja berkebun.

Lanjutan daripada itu semua mereka memulakan proses memohon kelulusan daripada pejabat tanah Pekan untuk memiliki lot masing-masing secara sah. Permohonan mereka ini bermula sekitar tahun 1967.

Diantara kelulusan yang paling awal yang diberikan oleh pejabat tanah Pekan keatas permohonan tersebut ialah pada tahun 1971. Sementara lot-lot lain diluluskan berperingkat-peringkat sehingga menjangkau tahun-tahun 1990han.

Pada tahun 1991, semua pemilik tanah di Bukit Empang telah menyertai Projek Tanam Semula berkelompok tajaan Risda. Sejumlah 16 lot menyertai projek ini.

Seperti sedia maklum apabila Risda memajukan sesuatu lot tanah, semua tumbuhan diatas tanah tersebut dibersihkan sehingga keakar umbi. Tidak ada satu batang pokok pun dibiarkan tidak bertebang. Kemudian dibakar dan diperun dengan bersih menjadikan kawasan tersebut seperti padang bola.

Dalam jangka masa kerja-kerja pembangunan tanah dijalankan oleh Risda, tidak ada seorang pun Orang Asli daripada Tasek Chini atau Kampung Gumum datang dan membuat bantahan bahawa tanah itu milik mereka dan ada banyak kubur diatasnya.

Ini disebabkan oleh generasi yang ada pada masa itu maklum bahawa tanah itu telah mereka jual kepada orang kampung Salong, jadi mereka tiada apa-apa tuntutan lagi keatas kawasan tersebut.

Mereka juga pada masa itu tidak pun menimbulkan kisah kubur sedangkan ketika itu semua lot-lot tersebut telah menjadi seperti padang bola dengan tidak ada sebatang pokok pun yang tegak.

Selepas 20 tahun daripada tarikh projek tanaman semula, pokok getah yang ada telah pun tidak boleh ditoreh lagi oleh pelbagai sebab. Antaranya kerana pemilik telah tua atau telah pun meninggal dunia.

Atas inisiatif JKKK Salong, semua penduduk berpakat melantik seorang pemaju bagi menanam kelapa sawit di lot masing-masing.

Apabila pemaju mula menjalankan kerja membersih belukar, pada 25 April 2011, sekonyong-konyong beberapa Orang Asli daripada Kampung Gumum membuat aduan polis menuduh pemaju menceroboh tanah mereka dan merosakkan tanah kubur nenek moyang mereka. Aduan kedua dibuat pada 27 April, 2011.

Lanjutan daripada itu Ketua Kampung Salong telah mengambil inisiatif untuk cuba berbincang dengan dengan Ketua kampung Orang Asli Gumum tetapi mereka enggan memberi sebarang kerjasama dan bertegas mengatakan mereka tidak ingin langsung berbincang.

Pada 27 April, 2011 Ketua Kampung Salong bersama pemaju telah hadhir ke Balai Polis Chini berjumpa dengan Ketua Balai dan menunjukkan dolumen-dokumen hakmilik tanah yang dimiliki oleh penduduk Kampung Salong di kawasan yang dipertikaikan sebagai menafikan dakwaaan Orang Asli Gumum.

Pada sebelah petangnya beliau hadhir pula bersama pemaju di IPD Pekan bagi memberi keterangan yang sama berkaitan isu tersebut.

Isu ini telah merebak dengan cepat. ADUN Chini juga telah pun dimaklumkan oleh Orang Asli.

Pada 1 Mei, 2011 semua pemilik tanah telah mengadakan mesyuarat membincangkan isu dakwaan Orang Asli. YB ADUN Chini juga dijemput hadhir bagi mendapatkan pandangan beliau. Tetapi dukacita beliau tidak dapat hadhir. Pada mesyuarat tersebut semua pemilik tanah mengambil pendirian mempertahankan hakmilik tanah asing-masing berpegang kepada asas undang-undang yang dipatuhi semasa proses memperolehi hakmilik tanah dahulu dan juga persefahaman yang dicapai dengan Orang Asli asal Bukit Empang terdahulu.

YB ADUN Chini telah menetapkan temujanji baru pada 7 Mei 2011, jam 11.00 pagi untuk bertemu dengan Ketua Kampung Salong dan pemaju bagi berbincang mengenai perkara ini. Tetapi sehingga jam 12.30 tengahari beliau masih belum tiba di pejabatnya. Dengan itu sekali lagi gagal diadakan perjumpaan dengan YB ADUN.

Beberapa hari selepas itu, YB ADUN memaklumkan satu perjumpaan dengan Orang Asli akan diadakan pada 16 Mei 2011 bertempat di dewan Kampung Gumum pada pukul 3.00 petang. Sekali lagi Ketua Kampung dan Pemaju meminta bertemu dengan ADUN jika boleh satu jam sebelum waktu perbincangan, untuk menyampaikan pandangan bagi pehak pemaju dan pemilik tanah kepada YB ADUN, tetapi cadangan ini juga tidak kesampaian.

Dalam dialog itu, sepertimana dijangkakan, isu utama ialah tanah kubur dan kedua ialah dakwaan tanah tersebut hak mereka.

Semasa ditanya oleh pengerusi berapa banyak kubur yang ada di Bukit Empang, hampir 50 orang mengaku mendakwa ada waris masing-masing dikuburkan disitu.

Sebaliknya setelah diasak beberapa kali hanya 11 kubur sahaja didakwa ada di Bukit Empang dengan 5 daripadanya kononya telah dimusnahkan oleh jenterapemaju akan tanda-tandanya.

Majlis itu menjadi tidak terkawal pada satu peringkat bila wakil Orang Asli mempertikaikan rekod-rekod pejabat tanah. Tetapi dengan kebijaksanaan Pegawai Daerah, beliau berjaya mententeramkan suasana dan memberi penjelasa bahawa setiap tanah yang ada geran hakmilik, tidak ada mana-mana pehak boleh mempertikaikan lagi.

Daripada insiden tuntutan ini, terdapat beberapa perkara yang tidak masuk akal sama sekjali yang didakwa oleh Orang Asli:

Pertamanya mereka sudah tidak mengaku lagi bahawa bapa atau datuk mereka telah menjual tanah tersebut kepada orang Kampung Salong.

Jika datuk nenek mereka tidak menjual tanah tersebut kenapa tidak ada bantahan selama lebih 40 tahun orang Kampung Salong telah menduduki tanah itu. Jika alasan mereka ialah tidak tahu, itu adalah perkara mustahil kerana kawasan tersebut telah dibersihkan oleh Risda pada tahun 1991. Sudah tidak ada sebatang pokok pun pada masa itu diatas tanah tersebut.

Perkara kedua ialah tanah kubur - perkara ini juga tidak masuk akal. Berasaskan dakwaan mereka, kubur datuk nenek mereka berada disitu sebelum mereka berpindah lagi. Dan pada masa mereka menghalang jentera daripada menjalankan kerja, mereka mendakwa kubur-kubur tersebut ditanda dengan pokok-pokok yang tertentu.

Seperti dijelaskan tadi bahawa pada tahun 1991, semua pokok kayu, semak, hutan dan sebagainya telah dibersihkan oleh Risda menggunakan jentolak, dikumpul dan dibakar semua kayu-kayan tersebut.

Ini bermakna semua tumbuhan yang ada dalam tanah lot tersebut adalah yang tumbuh selepas tahun 1991. Bila masa pula mereka mengusung mayat daripada Kampung Gumum untuk dikuburkan dalam lot-lot tersebut dan tumbuh pula pokok atas kubur itu sedangkan mereka juga mendakwa datuk nenek mereka telah pun berpindah sekitar tahun 1960han dan kubur yang ada ialah kubur sebelum mereka berpindah.

Kemudiannya semasa kerja membersih kawasan tersebut, tidak ada pula mereka mendakwa Risda telah memusnahkan kubur nenek moyang mereka.

Sebagai kesimpulan daripada isu ini adalah seperti berikut:

1. Tuntutan Orang Asli itu adalah satu perkara yang tidak masuk akal. Ia hanya alasan bagi mereka untuk mendapatkan tanah bagi kawasan 'rayau' dengan beralasan ada kubur. Telah menjadi trend mereka di seluruh negara untuk memaksa kerajaan memenuhi kehendak mereka yang hanya berasaskan fiksyen semata-mata tanpa sebarang fakta.

2. Pendirian YB ADUN yang mahu Pejabat Tanah mengambil balik satu lot tanah milik orang Kampung Salong adalah keputusan berat sebelah dimana beliau tidak mendapatkan maklumat daripada pehak pemilik-pemili tanah. Tiga tarikh diatur bagi membincangkan isu ini dengan beliau, semuanya tidak dilayan. Beliau langsung tidak mahu berjumpa dengan pemilik tanah. Beliau mengelak daripada mendengar pandangan pemilik tanah.

3. Sekiranya isu ini dilayan oleh kerajaan, ianya pasti akan merebak ke kawasan lain pula kerana dengan mudah sahaja mereka boleh menunjukkan mana-mana sebatang pokok yang berada diatas tanah sesiapa sahaja sebagai kubur nenek moyang mereka dan menuntut tanah itu adalah tanah saka mereka.

Jika sebelum ini terdapat beberapa isu yang berkaitan dengan Orang Asli, tetapi semua isu berkenaan berkait dengan tanah yang tiada hak milik iaitu tanah kerajaan.

Berbeza dengan isu di Bukit Empang ini dimana ianya melibatkan tanah yang ada hakmilik.

Dalam membuat keputusannya, YB ADUN Chini wajib memberi pertimbangan berdasarkan fakta dan ianya hendaklah berlaku tidak berat sebelah kepada pehak tertentu.

Dikhuatiri jika ada pehak yang berasa tidak mendapat keadilan, kemungkinan perkara ini akan berakhir di mahkamah.

[ Lapuran Utusan malaysia ]

ARKIB : 19/05/2011

PEKAN 18 Mei - Masalah tanah perkuburan Orang Asli di Kampung Bukit Empang dekat sini yang musnah ekoran dijadikan ladang kelapa sawit akan dibawa ke Pejabat Tanah dan Galian (PTG) daerah ini untuk diselesaikan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Abu Bakar Harun berkata, beliau akan mengadakan perbincangan bersama pegawai pejabat itu dalam tempoh terdekat supaya perkara tersebut dapat diselesaikan secara baik.

"Dua perkara yang akan dibincangkan pada mesyuarat itu ialah soal membayar pampasan kepada waris dan kedua, mengekalkan tanah perkuburan itu," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini semalam.

Abu Bakar berkata, jika tanah seluas 1.2 hektar terbabit dikekalkan sebagai tanah perkuburan maka pihak PTG akan menggantikan tanah lain kepada tuan tanah terbabit.

Jelasnya, pihaknya akan mencari penyelesaian berhubung perkara itu supaya isu tersebut tidak dipolitikkan mana-mana pihak.

"Saya anggap perkara itu sudah selesai dan berharap pihak terbabit tidak mempolitikkan isu tersebut," katanya.
read more...

Saturday, May 28, 2011

Pembeku dan Pemberat Susu Getah Hiskapadu

Produk keluaran Hiska Padu yg dapat membantu pekebun2 getah di Malaysia. Dijual sebotol RM30 sebanyak 5 liter.

Produk ini mampu membekukan getah dalam masa 10-20 minit dan mengekalkan timbangan dengan ini dapat menambahkan pendapatan para pekebun getah. Ia telahpun diuji di kilang dan produk yang dikeluarkan adalah berkualiti.

Kelebihan :
1. Menambah pendapatan para-para pekebun getah sebanyak 30% apabila menggunakan produk ini
2. Tidak merosakkan pokok getah,apabila asid ini terkena batang pokok atau akar getah sekali pun,atau terkena mana-mana bahagian pokok getah.selamat untuk di gunakan .
3.Tidak membahayakan kepada manusia,apabila terkena anggota badan.
4. Dapat menghilangkan bau busuk,apabila anda menggunakan produk ini.
5. Cara penggunaan mudah, cepat, jimat dan selamat.
6. Anda boleh gunakan asid ini untuk menghilangkan kotoran-kotoran yang melekat pada tangan anda tanpa menggunakan bahan-bahan lain.
7. Boleh kekalkan timbangan walaupun 14 hari di biarkan
8. Kalau sebelum ini anda tidak pilihan dan terpaksa menjual getah anda kepada pembeli tempat anda sahaja.dengan menggunakkan produk ini anda bebas menjual getah kemana-mana sahaja.
Dengan menggunakan kenderaan anda...tak kira lah apa jenis kenderaan anda sekali pun.Kenderaan anda bebas daripa bau busuk getah.
9. Telah di uji di Lembaga Getah Malaysia.

Cara-cara penggunaan:
1. Sebotol asid sebanyak 5 liter hanya boleh di gunakan dalam anggaran 3 ekar tanah.
2. Setiap pokok di anggarkan memerlukan sekurang-kurangnya 3 botol penutup air mineral.
3. Anda perlu masukkan asid ke dalam mangkuk getah, sebelum atau selepas menoreh getah.
4. Sekiranya berlakunya hujan semasa anda sedang melakukan kerja-kerja menoreh getah, anda masih selamat kerana asid yang telah anda masukkan ke dalam mangkuk tadi terus membeku.( maknanya kerja yang anda buat tidak sia-sia )
5. Asid yang telah di gunakan masih boleh di gunakan lagi pada ke esokkan hari. anda cuma perlu tambah asid sahaja.

Kekurangan:
1. Tidak boleh dicampurkan asid ini dengan air. ( power boleh hilang )
Sampel getah yg telah beku hasil campuran produk cuka getah keluaran Hiska. Pembekuan berlaku mengambil masa tidak lebih dari 20 minit

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk ini, sila hubungi :
Hairolnizam Hassan (Cikgu Nizam)
di talian 019-6568006
E-mail - mazinluriah@ymail.com
read more...
CUIT SIKIT!!  

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl