Selamat Datang Ke Felcra Sri Makmur Blog

Wednesday, May 9, 2012

Terpedaya, 154 Peneroka Memohon Injuksi Mahkamah Halang Bank Proses Pinjaman Mereka



KUANTAN, 9 Mei - Seramai 154 orang Penerokamemohon injunksi mahkamah bagi melarang CIMB dan AmIslamic Bank untuk memproses dokumen pinjaman yang ditandatangani oleh mereka baru-baru ini. Mereka juga memohon sekiranya sudah diproses, pihak bank dilarang untuk salurkan jumlah pinjaman kepada Felda Global Venture Holdings Berhad (FGVHB). 
 Menurut peguam peneroka terbabit, Mohd Harris Abdullah (foto) berkata ramai peneroka sebenarnya terpaksa tandatangan borang tersebut kerana terpengaruh dengan kenyataan pihak pengurusan Felda di tempat masing-masing.  
"Borang dalam Bahasa Inggeris dan majoriti peneroka tidak faham... Pengurus bagi tahu itu dokumen durian runtuh. Takde pegawai dan lawyer bank yang hadir untuk memberi taklimat dan penerangan. Bahkan mereka juga dilarang membawa balik borang bagi tujuan mendapatkan nasihat daripada pihak-pihak yang berkenaan. Proses yang dijalankan umpama melepaskan batuk ditangga semata-mata. Penuh dengan kemusykilan .. maka itulah peneroka berasa diri mereka tertipu...", kata Harris ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Kuantan pagi tadi. 
Beliau turut menegaskan, borang yang ditandatangani oleh para peneroka itu borang standard bank yang kosong. Jumlah pinjaman, faedah dan scedule bayaran balik tidak dinyatakan dan ia membuktikan perjanjian tersebut tidak mengikut peraturan sebenarnya. 
Difahamkan, para peneroka Felda di seluruh negara hanya diberi tempoh yang cukup singkat untuk menandatangani borang pinjaman berkenaan (24 April hingga 28 April) baru-baru ini. Semua ini menimbulkan kemusykilan, terdapat tanda-tanda penipuan dan penyelewengan dilakukan oleh Felda dengan kerjasama bank-bank yang berkenaan. Maka itulah injuksi tersebut dikemukakan dan kes akan di dengan inter parte pada 16 Mei 2012 ini.


Sebahagian daripada para peneroka yang telah hadir di mahkamah pagi tadi

[Ramai peneroka yang mula sedar diri mereka tertipu selepas melihat pengumuman "durian runtuh" oleh Najib di Jengka 8 semalam. Mereka terkejut kerana pemberian RM15,000 itu dibuat secara berperingkat-peringkat dan ia bukanlah durian runtuh jika itu caranya. 
 Durian runtuh mesti jatuh sekali gus kata sebahagian daripada mereka yang ditemui. Apapun, ramai yang berpendapatan cara dan kaedah pemberian yang dilakukan hanyalah helah untuk Najib dan BN memaksa penerokan mengundi mereka pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti. 
Lantaran itulah ramai yang mula sedar mereka tertipu apabila menandatangani borang perjanjian pinjaman dengan bank baru-baru ini. Mereka seolah-olah dipukau dan menjadi tidak sedar diri ketika berbuat demikian. 
Kini, mereka mahu mahkamah membatalkan perjanjian kosong terbabit setelah mereka mula tahu tanah ladang akan menjadi cagaran kelak. Apapun, syabas dan tahniah kepada para peneroka yang terlibat dan mula sedar ini. Semoga lebih ramai peneroka akan failkan injuksi berkenaan selepas ini].
read more...

Cerita Dari Anak Peneroka Tentang Saham FGVHB

 Seorang anak peneroka berasal dari Johor kini menetap di Papar Sabah menghantar email kepada saya untuk berkongsi cerita mengenai nasib peneroka yang dikejutkan oleh pengumuman pemberian “durian runtuh” dan saham FGVHB oleh Najib Razak kelmarin.

Terima kasih kepada sdr MS, (saya rengkaskan namanya). Memang apa diceritakan MS mengejutkan dan sedap untuk mendengarnya. Kita yang bukan anak peneroka ini tidak akan mengetahui kisah yang hendak dikongsikan oleh MS ini.

Kita bernasib baik dengan adanya kisah ini. Ikutilah kisah yang hendak dikisahkan itu semoga ia menginsafkan kita semua. Apapun terima kasih kepada MS kerana berkongsi cerita dengan kita semua dan mengirimkan cerita itu kepada saya – blog MT.

 Assalamualaikum tuan MSO… Sekadar berkongsi cerita… Terlebih dahulu sebelum saya menulis, saya ingin mengucapkan terima kasih atas kesudian tuan membaca email saya dan seterusnya berkongsi sedikit pengalaman saya tentang FVGHB. Saya merupakan anak sulung seorang peneroka Felda di Segamat dan kini menetap di Papar, Sabah. Kebetulan saya juga menjaga bapa saya yang uzur dan kini dia tinggal bersama saya di sini. 


 Pada 21/04/2012 lebih kurang jam 9.50 malam, saya menerima satu panggilan telefon dari seorang staf felda tempat saya meminta salinan kad pengenalan bapa saya. Saya bertanya kepada staf tersebut untuk tujuan apa? 


 Dan dia menyatakan bahawa bagi tujuan FVGHB dan menerangkan sedikit bahawa pihak maybank telah bersetuju untuk memberikan pinjaman kepada bapa saya untuk tujuan membeli saham tersebut. Seterusnya staf tersebut juga menyatakan tawaran itu dibuat hanya dua hari sahaja dan pembayaran dibuat melalui maybank. Saya seterusnya mengajukan soalan adakah ianya perlu dibeli oleh bapa saya? 


Dan dia menyatakan ianya adalah pilihan dan meminta keputusan malam itu juga. Saya mengambil keputusan bahawa tidak akan membeli saham tersebut selagi tidak mendapat penerangan yang terperinci. P


ada 30/04/2012, saya telah membuat panggilan telefon ke pejabat felda tersebut dan meminta penerangan dari staf di pejabat tersebut. 


Antara sedikit penerangan yang diberi ialah : 


 i. Pinjaman bagi membeli saham tersebut melalui maybank 
ii. Tiada had pinjaman 
iii. Tidak perlu penjamin 
iv. Tidak perlu sebarang cagaran 
v. Hanya bayar jumlah pinjaman sahaja tetapi dikenakan caj perkhidmatan 5% setahun oleh pihak maybank 
vi. Pihak felda hanya menguruskan perkara yang berkaitan dengan kebajikan peneroka sahaja. 
vii. Bagi risiko kerugian pula, pihak staf tersebut tidak pasti siapa yang akan bertanggungjawab terhadapnya. (sama ada peneroka atau felda) 
viii.  Staf tersebut juga menyatakan mereka menasihatkan peneroka menjual semula saham mereka dalam masa 6 bulan jika ada keuntungan (saham naik) 
ix. Staf tersebut juga menyatakan bahawa mereka terpaksa menyelesaikan arahan tersebut dalam tempoh masa yang singkat disebabkan ianya arahan dari atasan felda. 
x. Terakhir sekali dia juga menyatakan bahawa dia juga kurang memahami tentang FVGHB tersebut. 


 Persoalannya yang timbul di sini ialah : 
 i. Mengapa pelaksanaan FVGHB dibuat secara tergesa-gesa 
ii. Sukar untuk dipercayai bahawa pihak bank memberi pinjaman tanpa had kepada golongan peneroka seperti bapa saya yang berumur melebihi 65 tahun 
iii. Adakah logic pihak bank tidak memerlukan cagaran atau penjamin bagi pinjaman membeli saham. 
iv. Pihak staf juga kurang memahami tentang FVGHB dan bagaimana mereka menerangkannya kepada peneroka 
v. Yang penting ialah siapakah yang akan menanggung risiko kerugian jika saham jatuh dan hendak bayar bank menggunakan apa? 


 Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada tuan dan besarlah harapan saya agar pihak tuan akan dapat menyiasat dan membongkar kebejatan dan kebobrokan yang terdapat dalam pihak pengurusan utama felda khususnya dan UBN umumnya. Saya rasa masih ramai lagi anak-anak peneroka yang sedar tentang perkara ini tetapi segan atau tidak tahu di mana hendak menyuarakannya. 


 Sekian terima kasih. 
 Anak peneroka Papar, Sabah.

 sumber: MSOMelayu
read more...

Saturday, April 28, 2012

Video Kereta Polis Rempuh Bersih 3.0


Kenapa kereta polis tersebut diterbalikkan... Lihat video ini...kereta polis yang langgar orang tu...kereta tu kena lingkup kerana ada orang tersepit bawah kereta tu... Terima-kasih..video ini patut dijadikan bukti jika pehak pemerentah cuba mengatakan perserta Bersih bertindak ganas. Takziah kapada mangsa perlanggaran ini. Sedih bila dengar ada kematian. Jika pehak polis dan pemerintah bertindak lebih ganas lagi dan melampaui batas..tunggu..apa akan jadi..
read more...

Thursday, April 26, 2012

Felcra Pecat Mandor Ladang..

CHANGKAT LADA, 1 April: Seorang mandor ladang di Felcra Seberang Perak II diberhentikan kerja serta-merta berkuat kuasa 30 Mac lalu kerana didakwa memalukan dan mencemarkan nama baik Felcra. Ishak Saari dikenakan tindakan tersebut sehari selepas beliau menyertai rombongan menyerahkan memorandum berkaitan masalah dan tuntutan warga Felcra di Perak kepada Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malik di Parlimen. Ishak telah berkhidmat di Felcra berkenaan kira-kira empat tahun, bermula Februari 2007. baca selanjutnya...
read more...

FELCRA agih RM20.6 juta dividen di Selangor

2012/04/25 BANTING: FELCRA Bhd mengagihkan dividen tahun lalu sebanyak RM20.6 juta kepada 4,170 peserta yang terbabit dalam projek pembangunan tanah yang dilaksanakan agensi kerajaan itu di Selangor. Pengurus Besar Wilayah Tengah FELCRA Bhd, Hazrinor Hisham Harun, berkata peningkatan jumlah pembayaran dividen daripada RM19.03 juta pada 2010 itu adalah hasil daripada harga sawit yang baik iaitu RM780 setan untuk buah tandan segar selain kualiti tuaian yang meningkat pada 2011. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Dividen Akhir 2011 kepada peserta Projek FELCRA Bhd Negeri Selangor di Bandar Sungai Emas di sini hari ini. Hazrinor berkata, tahun ini 2012 agak mencabar bagi FELCRA untuk mengekalkan prestasinya membayar dividen yang lebih baik kepada peserta kerana kos input pertanian seperti baja dan racun yang meningkat selain kemungkinan cadangan pelaksanaan gaji minimum pekerja mulai tahun ini. Beliau juga berkata, beliau berharap harga kelapa sawit semasa yang walaupun rendah sedikit pada tahun lalu, tidak turun di bawah paras RM500 setan bagi buah tandan segar kerana agak sukar untuk mengimbangi kos yang semakin meningkat pada kadar jualan yang rendah. "Hari ini adalah bayaran keempat dividen berjumlah RM4 juta kepada peserta selepas tiga bayaran sebelum ini untuk dividen 2011," katanya. Replika cek diserahkan kepada wakil peserta oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Sepat, Datuk Dr Karim Mansor, yang mewakili Ahli Parlimen Sepang, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed. Terdapat 4,170 peserta projek FELCRA yang mengusahakan tanaman getah dan kelapa sawit di kawasan seluas 3,771.8 hektar di Selangor yang dibahagikan kepada enam kawasan iaitu Banting, Batu 8 Sijangkang, Sungai Choh, Telok Menteri, Lembah Bernam dan Semungkis. - BERNAMA
read more...

770 peneroka Felda Chini saman Felda RM422 juta






Peneroka daripada lapan tanah rancangan di Pahang menyaman Felda atas dakwaan terlibat dalam penipuan dan pecah amanah yang dikatakan melibatkan nilai sehingga RM433 juta.

palm oil palm kelapa sawit 201107Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuantan oleh 770 peneroka daripada Felda Chini dan Felda Chini Timur di Pekan melalui tetuan Daim & Gamany tengah hari ini.

Mereka mendakwa ditipu dalam kadar perahan minyak kelapa sawit.

Peneroka menamakan Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd sebagai defendan dan mendakwa kedua-dua pihak menggredkan hasil minyak sawit lebih rendah daripada sepatutnya sejak 17 tahun lalu.

Peguam R Sivarasa berkata, kadar perahan digredkan secara purata 18.5 peratus ketika Lembaga Minyak Sawit Malaysia mencadangkan kadar sekurang-kurangnya 22 peratus.

[Baca berita penuh]
PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


read more...
CUIT SIKIT!!  

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl