Selamat Datang Ke Felcra Sri Makmur Blog

Wednesday, March 7, 2012

RM3.6 juta dividen diagih kepada peserta Felcra Sri Makmur

SERI MAKMUR – Sebanyak RM3.6 juta dividen saham diagihkan kepada semua peserta Felcra Seri Makmur Berhad untuk memastikan keuntungan dinikmati secara bersama.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis, Khairudin Mahmud berkata, penyampaian dividen itu adalah mengikut pecahan peserta di enam kawasan.

Menurutnya, jumlah dividen itu tidak sama, namun ia cukup memuaskan dan belum ditolak sebanyak 2.5 peratus jumlah zakat serta lima peratus tabung individu.

“Enam kawasan terbabit ialah Seri Makmur 1, 2, dan 3, Darat Belimbing, Mambang Seberang serta Seri Makmur Dusun dengan jumlah penerima seramai 643 orang.

“Setiap peserta menerima jumlah dividen berbeza di mana paling rendah sebanyak RM974.20 seorang, manakala paling tinggi RM11,885.71 seorang,” katanya pada Majlis Penyampaian Dividen Kedua 2011, di sini.

Seramai 351 peserta yang hadir turut menerima wang hadir mesyuarat sebanyak RM50 setiap seorang sebagai tanda penghargaan di atas komitmen mereka.

Hadir sama, Pengurus besar Felcra Pahang Berhad, Datuk Ghazali Abd Karim dan Pengurus Felcra Seri Makmur Berhad ,Nordin Haryon.

Khairudin berkata, setiap peserta perlu bersyukur di atas pemberian itu hasil ilham Allahyarham Tun Razak yang mewujudkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) serta Majlis Amanah Rakyat (Mara) pada suatu ketika dulu.

“Kita semua perlu sedar jasa beliau kepada orang Melayu di mana sekarang kita sedang menikmati hasil pengorbanan kerana sanggup meninggalkan kampung halaman untuk berhijrah sehingga berjaya membina keluarga bahagia, harmoni dan sejahtera.

“Saya berharap setiap peserta dapat memanfaatkan wang itu, selain menunaikan tanggungjawab seperti mengeluarkan zakat untuk memastikan rezeki diperoleh mereka diberkati dan sentiasa berpanjangan,” katanya.
read more...

Felcra nafi guna wang peserta RM9 juta

Oleh: NOOR’AINON MOHAMED YUSOF
Tarikh: February 13, 2012

SEBERANG PERAK – Felcra Berhad nafi menggunakan wang peserta berjumlah RM9 juta untuk menyambut kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Warga Felcra peringkat kebangsaan pada 18 Februari ini.

Pengerusi Felcra, Datuk Tajuddin Abd Rahman berkata, dakwaan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin tidak berasas serta mencetuskan kontroversi terutama kepada peserta-peserta agensi itu.

“Felcra ada dua divisyen iaitu perladangan dan syarikat Felcra yang menjalankan bisnes bagi menjana perolehan dan keuntungan. Dia (Mohamad Nizar) tidak faham tetapi cuba buat kontroversi.

“Program yang akan diadakan pada Sabtu ini tidak menggunakan satu sen pun duit peserta juga tidak menggunakan duit pembayar cukai untuk melaksanakan acara ini,” tegasnya kepada pemberita selepas melawat tapak projek Perumahan Generasi Kedua di Felcra Changkat Lada di sini, semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak mengulas dakwaan Ir Mohamad Nizar ketika berucap di hadapan pemimpin dan penyokong PR ketika memperingati sejarah hitam peralihan Kerajaan Negeri PR yang jatuh ke tangan BN pada 6 Februari lalu.

Najib dijadualkan hadir pada Perhimpunan Warga Felcra peringkat kebangsaan, Sabtu ini di sini dengan kehadiran lebih 50,000 peserta Felcra seluruh negara.

sumber: sinarharian.com.my
read more...

Lembu Felcra pula?

[klik imej untuk paparan penuh]

selanjutnya.....
read more...

Lembu Felcra: Bapa minta penjelasan Tajuddin

read more...

Friday, March 2, 2012

SUHAKAM Menerima Memorandum Peneroka Felcra

29 Mac 2011, Selepas di Parlimen, Peneroka dan Peserta Felcra ke SUHAKAM untuk mengadakan satu lagi serahan Memorandum kepada Pesuruhjaya SUHAKAM Dato Sha’rani..

Selepas mendengar tuntutan dari Peserta mengikut Felcra masing-masing..Pesuruhjaya SUHAKAM membidas Felcra mengenai satu Sistem yang dikenali Sistem 45/55 yang berlaku di Felcra Nasarudin..Beliau menyebut Sistem ini seperti sisitem kampung, pada pendapat beliau perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana Felcra merupakan satu institusi Koperat bukan syarikat kecil.

Pada akhir Tuan Pesuruhjaya menyatakan sekiranya tindakan seperti ini tidak berkesan Peserta dan Peneroka perlu melakukan satu lagi tindakan iaitu merubah kerajaan pada PRU 13 akan datang.











sumber: bapafelcra.blogspot.co
read more...

Thursday, March 1, 2012

Peneroka @ Peserta Menuntut Hak di Parlimen

29 Mac 2011, Rombongan Felcra Nasarudin, Seberang Perak & Changkat Lada di bawah BAPA menyerahkan Memorandum berbentuk permasalahan & tuntutan..Mengikut kronologi perjalanan Peserta ke Parlimen..mereka menghadapi pelbagai bentuk halangan antaranya ugutan dari Pengurus Felcra masing-masing..menurut sumber di Felcra Nasarudin Polis menunggu seawal jam 4 pagi untuk mengikut pergerakan Peserta ke Parlimen..Perkara sebegini memang satu yang menghairankan Peserta & Peneroka...Apakah sebenarnya tujuan ugutan dan intipan ini..Jika Felcra benar-benar jujur dalam usaha memberi kepentingan kepada Peserta & Peneroka sepatutnya mereka membantu dan menghalang.

Semasa di Parlimen, Peserta mengikut kawasan masing-masing membentangkan tuntutan mereka kepada Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dato' Hasan Malek..Antara tuntutan yang besar yang diminta oleh peserta ialah Salinan Surat Perjanjian, Geran Tanah Generasi Kedua dan Pembahagian Dividen yang Jelas dengan Penyata PNL yangterperinci..Dalam ucapan Dato' Hasan Malek selepas mendengar tuntutan Peserta & Peneroka..Beliau mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana sudi datang ke Parlimen..Beliau tidak dapat memberi sebarang komen tentang tuntutan peserta-peserta Felcra dan berjanji akan memenuhi segala tuntutan dan menyelesaikan segala permasalahan dalam jangka masa 2 Bulan.

Selepas selesai menyerahkan Memorandum kepada Timbalan Menteri, BAPA dan Peserta mengadakan sidang media bersama ketua Pembangkang Dato Mahfuz Omar..Didalam sidang media Dato Mahfuz menekan bahawa permasalahan ini bukan satu perkara yang patut berlaku kerana sepertimana diwar-warkan Felcra Behad merupakan satu agensi yang berbentuk Koperat..Diharap Dato’Tajuddin selaku Pengerusi Felcra Berhad dan ahli Parlimen Pasir Salak dapat menyelesaikan masalah ini selepas memorandum ini diserahkan.














read more...
CUIT SIKIT!!  

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl