Selamat Datang Ke Felcra Sri Makmur Blog

Saturday, April 23, 2011

Agihan dividen kepada 500 peserta Felcra

Seramai lebih 500 peserta FELCRA disekitar daerah kecil Oya menerima dividen dalam satu majlis hari ini, Dividen untuk peserta FELCRA disampaikan oleh calon BN Datin Hajjah Fatimah Abdullah, pada 11 April, 2011 yang lepas.

Datin Fatimah dalam ucapannya memuji masyarakat Oya kerana memahami hasrat ikhlas kerajaan untuk memperjuangkan hak rakyat melalui pelbagai program.
Seorang penduduk ditemui berkata, mereka amat berpuas hati dengan kerjasama kerajaan negeri dalam usaha untuk memajukan tanah yang terbiar.

"Untuk apalah tanah yang luas dan sekadar dijadikan slogan, jika tidak diusahakan untuk mendapatkan hasil" tegas beliau. Beliau turut berterima kasih kepada kerajaan BN atas keseriusan untuk meningkatkan pendapatan rakyat.

ni bukanlah kali pertama peserta Felcra mendapat bayaran dividen, sekaligus membuktikan tuduhan pembangkang hanyalah fitnah semata-mata. kerajaan tidak pernah merampas tanah rakyat, sebaliknya sentiasa memberi peluang kepada pemilik tanah untuk meningkatkan pendapatan.
read more...

Masalah bekalan air Felcra Sungai Ara

22 April 2011 - Saya ingin membuat aduan mengenai masalah bekalan air yang berlaku di kampung saya (FELCRA SUNGAI ARA, KOTA TINGGI JOHOR), masalah bekalan air telah lama dialami penduduk FELCRA SUNGAI ARA KOTA TINGGI JOHOR lebih daripada 30 tahun.

Dimanakah pihak yang bertanggungjawab???tiada bekalan air bersih yang disalurkan, selama lebih 30 tahun penduduk FELCRA SUNGAI ARA hanya bergantung sepenuhnya kepada bekalan air sungai yang di pam menggunakan enjin air, lebih malang lagi apabila enjin air berlaku kerosakan, maka berbulanlah penduduk tiada bekalan air, mereka perlu ke sungai yang jauh daripada kawasan rumah bagi mendapatkan air untuk keperluan harian. Tolong lah ambil tindakan yang sewajarnya agar permasalahan ini dapat diatasi dengan segera.

Aduan Rakyat

Ulasan:

Felcra Sungai Ara ini asalnya merupakan sebuah projek rancangan tanah yang dibangunkan khas untuk belia pada tahun 1970han dahulu.

Jika benar fakta yang di kemukakan oleh pengadu bermakna bekalan air yang diperolehi oleh peserta itu adalah daripada loji yang asalnya disediakan oleh Felcra.

Sepatutnya bekalan air ini telah pun diambilalih oleh JBA Johor sepertimana Rancangan Tanah Belia Felcra Bukit Kapah di Trengganu dan Rancangan Tanah Belia Felcra Nasarudin di Sitiawan, Perak, yang mana bekalan air telah diamabilalih daripada Felcra oelh JBA negeri masing-masing sejak tahun 1980han lagi.
read more...

FELCRA menyerahkan dividen RM920,000 kepada 60 peserta

JULAU: Dividen sejumlah RM920,000 telah diagihkan kepada 60 orang peserta FELCRA Berhad yang menyertai skim kelapa sawit Julau pada Majlis Agihan Dividen yang diadakan di Rumah Abang di Kerangan Rian dekat sini, pagi Selasa lalu, 13 April, 2011.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri, Paul Igai yang mewakili Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi, Datuk William Mawan.

Secara purata setiap peserta akan menerima sebanyak RM15,000 bergantung kepada saiz pegangan tanah yang dimiliki masing-masing.

Utusan Borneo difahamkan, seorang peserta dari Julau telah mendapat RM134,000 iaitu jumlah dividen yang tertinggi di kawasan itu. Acara tersebut turut menyaksikan penyampaian bantuan kewangan kepada Orang Kurang Upaya (OKU), ibu tunggal dan pelajar cemerlang.

Terdahulu, Pegawai Eksekutif FELCRA, Vincent Maja memberitahu dividen tersebut akan dibayar sebanyak empat kali setahun dan pada Jun ini kelak, para peserta dijangka akan menerima baki dividen iaitu bayaran yang ke-empat daripada akaun 2010.

“Ini merupakan durian runtuh kepada para peserta yang telah menerima dividen mereka,” tambahnya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Peter Howell, Pengurus Kawasan Sibu, Haman Yahya, ketua-ketua jabatan dan para penduduk Rumah Abang dan Rumah Entili.
read more...

Felcra nafi keluarkan borang

23 April 2011 - TEMERLOH - Felcra Berhad Kerdau menafikan borang kemasukan peserta baru di peringkat empat ladangnya telah habis diedarkan baru-baru ini.

Pengurus Gugusan Felcra Berhad Kerdau, Yahaya Bokhari berkata, pihaknya tidak mengetahui borang yang telah diedarkan kerana belum lagi menerima arahan pihak atasan.

"Felcra baru sahaja membersihkan serta menanam sawit di ladang seluas 324 hektar sejak empat tahun lepas. Ia belum mengeluar hasil, bagaimana borang hendak dikeluarkan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas khabar angin mengenai pengedaran secara meluas borang kemasukan peserta baru di ladang Felcra Gugusan Kerdau.

Yahaya berkata, berita tersebut tidak tepat serta penyebarannya bertujuan menjadikan orang ramai bimbang dan terkeliru sekali gus menjejaskan nama baik agensi tersebut.

Sehubungan itu, beliau menasihat orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan penyebaran khabar angin tersebut, sebaliknya menghubungi pengurusan Felcra negeri, wilayah atau rancangan untuk mendapat maklumat tepat.

Menurutnya, hanya pengurusan Felcra negeri dan pusat yang berhak membuat arahan untuk pengeluaran borang kerana ia bertanggungjawab mencetak dan mengedar borang terbabit.
read more...

Tuesday, April 19, 2011

Industri Sarang Burung Walet: Kenapa Koperasi Peserta Felcra Sri Makmur Tidak Mencuba?

Burung Walet merupakan satu khazanah yang tidak ternilai harganya anugerah Allah kepada rakyat Malaysia.
Burung ini mampu memberikan hasil bernilai berpuluh malah beratus juta ringgit setahun.

Pada masa ini harga sarang burung walet ini tidak kurang RM5000 bagi setiap kilgram dipasaran tempatan. Difahamkan harga dipasaran Hong Kong atau China mencecah RM12,000 bagi setiap satu kilogram.

Oleh kerana industri ini menghasilkan pulangan yang amat lumayan, kita boleh lihat di merata-rata tempat dibangunkan bangunan khusus untuk burung ini membuat sarang.

Dalam bulan Februari lepas, penulis telah diajak oleh seorang rakan berbangsa Cina melawat sebuah bangunan sarang burung di satu kampung di Endau, Johor. Di kampung tersebut terdapat sebuah sawah padi yang luasnya lebih daripada satu ribu ekar, pada pengamatan penulis.

Daripada jalan Endau Mersing, masuk ke kawasan yang penulis maksudkan, terdapat 16 buah rumah sarang burung - setakat yang penulis nampak, semuanya dibina disekitar dan didalam sawah padi tersebut. Sekali pandang seolah-olah bagunan rumah flat dalam sawah!!!

Sementara itu di sekitar kiri kanan jalan Pekan Rompin, berpuluh buah rumah sarang burung walet boleh disaksikan. Malah di Nenasi, berhampiran jambatan semacam satu komplek rumah pangsa pula nampaknya bangunan sarang burung.

Malah di Kampung Pelak/Bunut iaitu kampung yang hampir dengan Felcra Sri Makmur terdapat tidak kurang dari enam buah bangunan sarang burung didirikan. Yang terbaru, ada 3 buah sedang dalam pembinaan dikiri kanan jalan di Kampung Bunut.

Pada masa ini satu buah bangunan sarang burung walet ini telah pun didirikan di Sungai Pinang iaitu di tepi jalan antara Felcra Sri Makmur ke Kampung Belimbing. Sarang burung ini adalah yang paling hampir dengan Felcra Sri makmur.

Industri sarang burung walet ini dimonopoli sepenuhnya oleh pengusaha Cina. Ini disebabkan kos pembinaannya sangat tinggi dimana satu-satu bangunan sarang burung ini biasanya dibuat tiga tingkat dengan menggunakan bangunan konkrit.

Walau bagaimana pun, seorang kenalan penulis yang bekerja di Jabatan Perhutanan ada membina sebuah sarang burung walet ini. Beliau mendapat pembiayaan daripada Bank Rakyat.

Oleh kerana industri ini memerlukan modal yang tinggi, tidak ramai individu Melayu yang mampu menyertainya. Bagaimana pun penulis berpendapat Koperasi Peserta Felcra Sri Makmur mungkin berkemampuan mengorak langkah dalam industri ini.

Koperasi mempunyai kemudahan yang baik samada dari segi modal atau pun tapak. Dengan kerjasama Felcra, kop[erasi pasti boleh sahaja memilih mana-mana lokasi yang sesuai dalam ladang untuk membina bangunan ini, asalkan bekalan letrik boleh dibawa masuk.

Industri sarang burung walet ini amat mudah pengurusannya. Hanya peringkat pembinaan bangunan sahaja yang memerlukan kos dan tenaga pekerja. Sebaliknya setelah bangunan siap, hanya seorang pekerja sahaja diperlukan untuk beberapa buah bangunan.

Tidak perlu bayar cukai pendapatan, KWSP, Socso dan lain-lain birokrasi pentadbiran. Setiap bulan hanya bayar bill letrik dan hantar seorang pekerja untuk memungut sarang burung.

Oleh itu kenapa tidak pihak pengurusan Koperasi Peserta Felcra Sri Makmur melihat industri ini sebagai satu sumber baru untuk diusahakan.
read more...

Monday, April 11, 2011

Warga Felcra Sri Makmur Yang Pertama Belajar Di IPTA

Semenjak Felcra Sri Makmur di buka pada tahun 1970 hingga sekarang ini, telah ramai anak-anak peserta rancangan tanah ini yang berjaya belajar di pelbagai institusi pengajian tinggi awam atau pun swasta samada dalam negara atau pun diluar negara.

Ada beberapa keluarga yang mempunyai beberapa orang anak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti. Keluarga seperti ini patut menjadi contoh kepada keluarga lain dalam memberi pelajaran kepada anak-anak mereka.

Antara keluarga yang berjaya mendidik anak-anak dengan jumlah melebihi dua atau tiga orang yang belajar di universiti ialah Tuan Haji Abu Bakar bin Kadir, Ketua Kampung atau Tok Empat Felcra Sri Makmur. Ada diantara anak-anak beliau yang dihantar ke luar negara.

Satu Keluarga lagi yang berjaya mendidik anak-anak hingga lebih daripada seorang yang belajar di universiti ialah keluarga Allahyarham Abd manaf bin Kasim. Seorang daripada anak arwah pernah menuntut di Universiti Petronas.

Keluarga Allahyarham Muhamad bin Wahab juga berjaya menghantar dua orang anaknya ke universiti.

Jumlah sebenar anak-anak kampung Felcra Sri Makmur yang berjaya belajar hingga ke universiti tidaklah penulis ketahui.

Elok juga Tok Empat Tuan Haji Abu bakar selaku Ketua kampung Felcra Sri Makmur mengumpul maklumat mengenai anak-anak daripada kampung ini yang berjaya belajar di universiti serta merekodkan kerjaya mereka.

Mungkin pada suatu masa tertentu, semua mereka ini boleh dikumpulkan bagi tujuan-tujuan tertentu umpamanya memberi motivasi kepada pelajar-pelajar sekolah atau pun kepada belia-belia atau juga kepada ibu bapa sendiri mengikut kesesuaian program yang dirancang.

Mungkin tidak ramai yang tahu atau ingat siapakah pelajar pertama dari Kampung Felcra Sri Makmur yang berjaya memasuki universiti.

Mengikut ingatan penulis, pelajar pertama yang berjaya belajar di universiti daripada kampung ini ialah saudara Mohd Azri bin Hamzah daripada Peringkat Satu. Mohd Azri belajar di Universiti Pertanian Malaysia - (UPM) Serdang mengambil kursus Perniagaan Tani. Jika tidak salah ingatan penulis, beliau memasuki UPM pada sekitar tahun 1973 atau 1974.

Selepas grad, beliau bekerja di Lembaga Kemajuan Pertanian Pahang. Pada masa ini beliau berkhidmat dengan Biro Tata Negara sebagai pensyarah.

Sehingga tahun 2011 ini tidak diketahui berapa ramai anak-anak peserta Felcra Sri Makmur yang telah berjaya keperingkat ijazah sarjana dan Phd.

Jadi sekali lagi disarankan kepada Tok Empat supaya mengumpul malumat mereka ini dan diambil inisiatif bagi membolehkan semua mereka ini memberikan sumbangan dan buah fikiran bagi kemajuan kampung ini.

Sekiranya ada 20 atau 30 anak-anak kampung ini yang lulus daripada universiti daripada pelbagai disiplin ilmu, alangkah bertuahnya jika ilmu mereka itu dimanafaatkan untuk kesejahteraan Kampung Felcra Sri Makmur.

Saya yakin, semua mereka ini pasti mempunyai rasa kasih sayang dan cintakan tanah tempat tmpah darah mereka dan bersedia untuk mencurahkan khidmat bakti mereka. Tinggalkan lagi belum ada pehak yang berusaha menggabungkan kepakaran mereka ini untuk dimanafaatkan.
read more...
CUIT SIKIT!!  

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl