Selamat Datang Ke Felcra Sri Makmur Blog

Friday, August 2, 2013

Mahkamah tolak tuntutan Felcra terhadap peserta





IPOH: Mahkamah Majistret Lenggong semalam menolak dengan kos tuntutan berkenaan saman kos pembangunan oleh Felcra Bhd terhadap Pengerusi Badan Bertindak Peneroka Felcra (Bapa), Razman Zakaria.

Razman yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak telah disaman oleh Felcra Bhd selaku wakil diri kepada arwah bapanya, Zakaria bin Awang Kechik dan ibunya, Naimah binti Ahmad.

Selain itu, mahkamah juga turut membenarkan tuntutan balas Razman dan ibunya terhadap Felcra berkenaan wang tabung tanam semula yang tidak dikembalikan oleh Felcra.

Turut dibenarkan adalah tuntutan balas untuk ganti rugi berkenaan tindakan Felcra yg telah mengambil hasil di tanah milik bapa dan ibu Razman dari tarikh 1 Januari 2011 hingga 30 April 2011 tanpa kebenaran pada kadar satu tan per-ekar mengikut harga Malaysian Palm Oil Board (MPOB) pada masa berkenaan.

Ketika mengumumkan keputusan tersebut, Majistret, Akhiruddin @ Boy bin Acho tidak memberikan butiran alasan penghakiman namun beliau menyatakan ianya akan dikeluarkan kelak.

Peguam mewakili Razman, Mohamad Zamri Ibrahim ketika dihubungi Harakahdaily berkata, di antara hujah defendan iaitu Razman dan ibunya ialah perjanjian oleh Felcra adalah tidak sah kerana tiada kepastian berhubung tempoh masa perjanjian, cara pembayaran serta amaun hutang yang perlu dijelaskan oleh defendan.

"Ianya adalah bertentangan dengan seksyen 30 Akta Kontrak 1950.

"Defendan juga membawa pembelaan had masa iaitu tindakan Felcra menuntut terhadap Defendan adalah diluar dari tempoh masa yang dibenarkan oleh undang-undang.

"Ia mengambil kira tempoh perjanjian adalah 15 tahun dan berdasarkan terma perjanjian, ianya bermula 1 Januari 1988 dan tamat mulai 01 Januari 2004," jelasnya.

Berkenaan tuntutan balas defendan, beliau yang juga Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) PAS Perak menjelaskan, hujah yang dibuat oleh defendan ialah wang tabung tanam semula adalah milik defendan.

Katanya, oleh yang demikian, ianya perlu dikembalikan kepada defendan dan Felcra tidak boleh memotong wang tersebut untuk tujuan selain penanaman semula kelapa sawit.

Ketika ditanya berkenaan ganti rugi terhadap tindakan Felcra mengambil hasil tanah defendan, pihak defendan telah menghujahkan bahawa hasil di sepanjang tempoh tersebut adalah milik defendan dan perlu dikembalikan oleh Felcra.

Dalam pasa itu, Razman ketika dihubungi melahirkan rasa syukur dengan keputusan yang telah dibuat oleh majistret itu.

Katanya, perjuangan beliau bersama ibu dan arwah bapanya itu akhirnya menghasilkan kejayaan kepada mereka.

"Inilah harapan baru kepada peserta Felcra unt membebaskan daripada cengkaman Felcra.

"Saya menyeru kepada peserta Felcra agar mendesak pihak felcra mengembalikan hak mereka khususnya kepada perjanjian yg telah melebihi 15 tahun.

"Mereka juga wajar menyemak kos pengurusan berlebihan yang tidak sepayutnya dikenakan kepada peserta," jelasnya lagi.

sumber: Harakah Daily
read more...

Sunday, March 3, 2013

Seorang Lagi Pengasas Kg Felcra Sri Makmur Meninggal Dunia

Hari ini 4hb Mac 2013, seorang lagi pengasas dan peneroka Kampung Felcra Sri Makmur telah meninggalkan kita semua menemui Allah Taala. Beliau ialah Tuan haji Mahussin bin Haji Mat Taib.

Beliau meninggal dunia lebih kurang jam 6.30 pagi di rumah anaknya di Pekan, Pahang kerana sakit tua. Jenazahnya di kebumikan di Tanah Perkuburan Felcra Sri Makmur selepas solat zohor.

Haji Mahussin adalah diantara tenaga penggerak yang berjuang mendapatkan status peserta bagi penduduk Perumahan Banjir yang sebelum itu tidak diiktiraf sebagai peserta Felcra.

Dengan pemergian beliau, hilanglah sudah pejuang-pejuang yang memperjuangkan hak-hak peserta perumahan banjir sehingga mendapat pengesahan kerajaan negeri dan juga Felcra sebagai peserta rancangan tanah Felcra Sri Makmur.

Pejuang-pejuang yang lain yang telah meninggal dunia terlebih dahulu ialah:
  • Tuan Zakaria bin Ismail - Salong
  • Tuan Haji Hashim bin Haji Hitam - Salong
  • Encik Abdul Majid bin Ngah - Mempelas
  • Ustaz Ab Latif bin Awang Kechil - Salong
  • Tuan Haji Pak Itam Mat Yunus - Belimbing
Al-fatihah untuk mereka semua mudah-mudahan Allah mengurniakan pengampunan dan rahmat keatas roh mereka.

Amin.
read more...

Wednesday, October 17, 2012

Asli Pahang berhimpun, serah memo pada MB

Sekumpulan 500 anggota masyarakat Orang Asli Pahang yang berhimpun di Wisma Sri Pahang, Kuantan hari ini berjaya menyerahkan memorandum berhubung pewartaan tanah milik mereka kepada Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.
NONEWakil Jaringan Kampung-kampung Orang Asli Malaysia (JKOASM), Shafie Dris berkata, wakil kumpulan tersebut juga berpeluang mengadakan pertemuan dengan Adnan dan juga anggota exco kerajaan negeri bagi membincangkan tuntutan terbabit.

"Kita berkumpul selama setengah jam di Wisma Sri Pahang dan kemudian menteri besar sampai. Kita beri memorandum pada dia. Dia kata ada tuntutan yang munasabah. Ada satu, dua yang tak. Tapi dia tak jelaskan yang mana.

"Kami juga diberi makan oleh mereka. Dan sekarang sedang berkumpul di padang Majlis Perbandaran Kuantan 2 (MPK2) untuk tahu keputusan hasil mesyuarat dengan menteri besar," kata Shafie ketika dihubungi Malaysiakini.

NONEMenurut Shafie, kumpulan tersebut mula berkumpul pada jam 10.30 pagi di Padang MPK2, sebelum berarak ke pejabat wisma yang menempatkan pejabat menteri besar.

Semasa berarak, mereka turut membawa sepanduk bertulis "Iktiraf tanah adat Orang Asli", "Batalkan rizab yang bertindih dengan tanah Orang Asli" dan "Kami bukan pendatang", katanya.
Memorandum lapan perkara

Mereka juga melaungkan slogan "Hidup Orang Asli" dan "Hidup rakyat" sebelum ketibaan Adnan setengah jam kemudian, tambahnya.

NONEMemorandum lapan perkara itu antara lainnya menggariskan tuntutan supaya kerajaan negeri Pahang mengiktiraf tanah adat serta menarik balik lesen kepada kontraktor yang melakukan kerja di atas tanah tersebut.

Masyarakat itu juga menuntut supaya kerajaan menghentikan segala kegiatan yang dijalankan ke atas tanah mereka serta menarik balik lesen kontraktor yang kini sedang menjalankan kerja pengukuran tanah tersebut.

Mereka juga mahu kerajaan membuat agihan semua ke atas kawasan rizab yang didakwa bertindih di antara kawasan tanah dan wilayah adat Orang Asli bagi mengiktiraf kawasan milik golongan tersebut.

NONEMemorandum itu juga menyebut, kerajaan perlu memansuhkan dua peruntukan dalam Akta Orang Asli 1954 berhubung kawasan dan rizab yang diperuntukkan untuk masyarakat tersebut.

Seksyen 6(3) dan 7(3) Akta 134 ini memberi kuasa kepada menteri untuk membatalkan mana-mana pengisytiharan kawasan orang Asli atau rizab orang Asli pada bila-bila masa tanpa perbincangan dan perundingan.

Memorandum itu seterusnya menuntut kerajaan memansuhkan Dasar Pemberimilikan Tanah Orang Asli yang disifatkan "tidak membawa apa apa manafaat kepada masyarakat Orang Asli".

sumber: www.malaysiakini.com

Ulasan:

Tak habis-habis desak kerajaan batalkan geran tanah milik kaum lain yang kununnya bertindih.



memang kurang hajau....
read more...

Thursday, September 20, 2012

Kaedah Pembajaan Sawit Yang Berkesan

Kaedah pembajaan yang cekap adalah perlu bagi mendapat keputusan yang maksimum samada daripada segi tuaian hasil atau pun pengurusan kos. Kaedah yang ingin dikongsikan adalah sebagaimana dibawah:-

Kaedah ‘task’  
Task dengan jumlah pokok yang ditentukan diberikan kepada pekerja.  Pekerja perlu menghabiskan baja dalam task tersebut.  Sebarang pencabulan seperti dos baja tidak serata atau ada pokok yang tidak dapat akan dipertanggungjawapkan hanya kepada pekerja  tersebut.

Kaedah ‘label’
Pekerja dikehendaki menampal label yang tertera nombor atau nama pekerja pada pokok yang terakhir dalam baris pokok.  Mandor mesti mengambil balik label yang diletakkan oleh pekerja.  Sebarang masalah yang dijumpai oleh mandor semasa mengambil label, boleh terus ditujukan kepada pekerja berkenaan.

Kaedah angkat-masuk 
Pekerja perlu mengangkat beg baja masuk ke tengah baris pokok dan mulakan pembajaan dari pokok yang terletak ditengah baris ke arah luar pokok yang terletak ditepi jalan.

Kaedah kereta sorong 
Kereta sorong digunakan untuk mengangkat baja dan seorang pekerja lagi menabur baja.

Kaedah beg plastik 
Baja di bungkus didalam beg plastik kecil dengan dos yang cukup untuk satu pokok.  Kemudian pekerja membawa beg plastik yang berisi baja dengan jumlah yang sama dengan jumlah pokok dalam satu atau dua baris.

Kaedah ‘spreader’ 
Aplikasi menggunakan spreader adalah yang terbaik.  Baja dapat ditabur secara rata dan hampir sama.  Apa yang penting ialah mengetahui jumlah pokok yang boleh menggunakan spreader dan yang tidak boleh seperti kawasan teres dan jurang.

Perkara yang paling penting dalam meningkatkan kecekapan penyeliaan pembajaan ialah mengetahui jumlah pokok dalam sesuatu kawasan dengan tepat. 

Teknik penomboran pokok boleh meningkatkan kecekapan penyeliaan.  Anda boleh anggarkan secara tepat jumlah baja yang diperlukan sbil mengetahui jumlah pokok disesuatu kawasan dengan tepat.  Sebarang baki baja yang berlebihan atau kekurangan disesuatu kawasan yang telah diprogramkan boleh menimbulkan kesangsian terhadap pekerja berkenaan seterusnya siasatan boleh dijalankan.
read more...

Tuesday, September 18, 2012

Kedah tuntut Felcra RM200 juta

ROSLINDA HASHIM
18 September 2012
  Datuk Seri Azizan Abdul Razak
ALOR SETAR - Kerajaan Negeri sedang membuat tuntutan terhadap Felcra yang mengusahakan tanah milik mereka tetapi tidak menyerahkan hasil seperti yang dipersetujui dalam perjanjian.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, tuntutan itu kini sedang disediakan oleh peguam yang dilantik bagi mendapatkan kembali hak rakyat Kedah.

“Tuntutan dibuat oleh Menteri Besar Incoorporated (MBI) terhadap Felcra. Memang Felcra perlu bayar pada kita sebab ada dalam perjanjian, di mana tanah diusahakan Felcra, babitkan 60 peratus untuk negeri dan selebihnya 40 peratus untuk agensi itu,” katanya.

Menurutnya, kegagalan Felcra menyerahkan buku kira-kira kepada MBI antara punca Kerajaan Negeri bertindak demikian.

“Kita tidak tahu bagaimana perbelanjaan yang dibuat, oleh itu sekarang kita minta.

"Perkara sama berlaku di Kelantan tetapi mereka dapat balik walaupun nilainya tidak banyak. Mulai tahun ini, kita akan buat tuntutan dan tunggu perkembangan selanjutnya,” katanya.

Azizan berkata, buat masa ini, MBI sedang mengenal pasti pemilikan tanah bawah MBI dan Felcra untuk memudahkan proses tuntutan.

“Surat tuntutan sudah bincang, cuma jumlah sebenar belum pasti, namun ianya melibatkan jumlah yang banyak,” katanya.

Menurut sumber, antara kejayaan MBI bawah kerajaan PR ialah membuat tuntutan kepada Felcra, di mana sekurang-kurangnya RM200 juta wang rakyat Kedah yang diabaikan oleh kerajaan terdahulu kini akan dikembalikan kepada rakyat Kedah, pembayaran akan dibuat berdasarkan perjanjian.
Difahamkan, sejak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan, Felcra juga tidak membuat pembayaran.

Dalam perkembangan lain, Azizan menafikan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dibuat rombakan besar-besaran akibat mengalami masalah.

“Setakat ini, tiada rombakan dibuat, semua GLC Kedah berjalan lancar. Saya adalah pengerusi MBI, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan Permodalan Kedah Berhad (PKB), semuanya tiada masalah,” katanya.

Menurutnya, mungkin pada awal pengambilalihan, wujud beberapa masalah termasuk kewangan, namun selepas empat tahun PR menerajui Kedah, semuanya berjaya diselesaikan.

Sebelum ini, PKB ketika diterajui Barisan Nasional (BN) berada dalam keadaan tenat, namun berjaya dipulihkan sehingga mampu memberi sumbangan kepada Kerajaan Negeri sebanyak RM10 juta setahun.

Azizan menyifatkan ini suatu kejayaan dalam mengendalikan GLC Kedah, ekoran PKB berjaya melunaskan hutang tertunggak, malah dalam tempoh empat tahun, kembali aktif dan menyumbang hasil kepada negeri.

sumber: Sinarharian
read more...

Sunday, September 16, 2012

Nak Tanya Sikit....

duit tu dari anak syarikat felcra ka atau dari hasil ladang peserta?


read more...

Monday, July 30, 2012

Felcra Agih Dividen RM400 Juta Kepada 85,000 Peserta Minggu Depan


TEMERLOH 30 Julai 2012: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Felcra memperuntukkan sejumlah RM400 juta sebagai bayaran dividen kepada 85,000 peneroka tahun ini.

Beliau berkata dividen itu akan dibayar mulai minggu depan mengikut keluasan tanah peneroka.
"Dividen tersebut adalah hasil daripada pengeluaran ladang Felcra sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini bermula daripada Januari hingga Jun lalu.

"Namun, dividen tersebut kurang sedikit daripada tahun lepas atas faktor harga komoditi sawit yang tidak menentu di pasaran global," katanya pada majlis Ihya Ramadan serta berbuka puasa bersama warga dan peneroka Felcra Pahang di Padang Seri Ketumbit Kerdau pada Isnin.

Bagaimanapun, Mohd Shafie berkata pendapatan Felcra dijangka mencecah RM800 juta pada akhir tahun ini berikutan pelaksanaan kaedah pembajaan, penanaman sawit secara moden dan terancang yang dilakukan agensi itu bagi mempertingkat hasil ladang.

Beliau juga berkata Felcra merancang memperluas kegiatan bagi menambah pendapatan dan mungkin menyertai bidang pelaburan lain.

"Felcra tidak boleh bergantung kepada hasil ladang secara berterusan kerana ia tidak seperti Felda, yang mempunyai ladang yang luas, tetapi perlu melakukan satu anjakan untuk menambahkan pendapatannya," katanya. - BERNAMA
read more...

Saturday, July 28, 2012

PAS to Persuade Pak Lah to Join Party

Ida Nadirah (ida@malaysiandigest.com)  
 
KUALA LUMPUR: PAS has declared its intent to rope in former Prime Minister Tun Abdullah Badawi as a key member of the party.
This is because they believe that Abdullah, popularly known as Pak Lah, is already “a PAS member by nature.”

In the shock announcement today, PAS central committee member Mazlan Aliman (pic) said he will approach Abdullah and persuade him to join the Islamic party.

“This is my goal. I will pursue this aim regardless of how many years it would take,” he told reporters during a press conference at the PAS headquarters in Jalan Raja Laut here today.

Mazlan expressed confidence that he would be able to coax Abdullah into joining the party.
baca selanjutnya
read more...

Felcra bantu bina, baik pulih 650 kediaman

BAGAN DATOH - Sebanyak RM 6.5 juta diperuntukkan Felcra Berhad Wilayah Perak bagi membaik pulih dan membina baru 650 rumah golongan miskin sepanjang tahun ini di negeri ini.

Pengurus Besar Felcra Berhad Wilayah Perak, Mat Ronie Zakaria berkata, Felcra menyediakan peruntukan RM40,000 seunit bagi membina rumah baru dan RM11,000 seunit bagi baik pulih rumah golongan miskin.

Menurutnya, selain itu, Felcra turut melaksanakan tanggungjawab sosial dengan menyerahkan  zakat dari keuntungan perniagaan ladang sawit dan padi kepada golongan yang layak.

“Sepanjang tahun lalu Felcra mengagihkan zakat dari perniagaan ladang sebanyak RM800,000 untuk diserahkan anak anak yatim, ibu tunggal, warga emas, orang kelainan upaya serta golongan miskin tegar.

“Felcra juga  membayar zakat perniagaan sebanyak RM1.9 juta sepanjang tahun lalu kepada Majlis  Agama lslam Perak (Maipk) dan pada tahun ini, kita menjangkakan angka itu akan bertambah,” katanya pada majlis penyampaian sumbangan  zakat kepada 217 Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas, ibu tunggal, anak yatim kawasan Parlimen Bagan Datoh di Kampung Sungai Lanchang.

read more...

Generasi ke-2 Felcra Bukit Kapah Dapat Habuan

FELCRA BUKIT KAPAH, HULU TERENGGANU -Generasi kedua Felcra Bukit Kapah kini tersenyum gembira apabila Kerajaan Negeri meluluskan tanah seluas kira-kira 40 hektar, di sini, sebagai kawasan penempatan golongan berkenaan bagi mengelakkan mereka berhijrah ke tempat lain.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kelulusan itu juga sebagai langkah perancangan awal supaya tidak timbul masalah penempatan buat generasi kedua di kawasan Felcra itu pada masa hadapan.

“Senario generasi kedua sama ada di felcra atau felda yang  berhijrah keluar kerana mereka terpaksa berbuat demikian memandangkan tiada tempat khusus untuk golongan ini mendirikan rumah sebagai penempatan.

“Sebagai perancangan awal untuk memastikan generasi kedua di sini tidak berhijrah ke tempat lain adalah dengan menyediakan kawasan penempatan kepada mereka," katanya.

Menurut Ahmad, mereka perlu kekal tinggal di felcra dan mengusahakan tanah keluarga selain memastikan kemudahan infrastruktur disediakan kerajaan dapat dimanfaatkan.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Penyampaian Hak Milik Tanah Yang Dimajukan oleh Felcra Daerah Hulu Terengganu, di sini, kelmarin melibatkan seramai 653 penerima daripada lapan kelompok Felcra.

Hadir sama, Yang Dipertua Dun, Datuk Tengku Putera Tengku Awang, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat dan Pengurus Besar Kumpulan Hal Ehwal Peserta Felcra, Mohd Fauzi Mohd Tahir mewakili  Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Tajudin Abdul Rahman.

Sementara itu, Rozi yang juga Adun Telemong  berkata, peruntu-kan tanah untuk penempatan generasi kedua Felcra sesuatu yang cukup baik dan tepat bagi memastikan golongan berkenaan terus kekal di situ.

“Sebenarnya, kita turut belajar daripada para peserta yang tinggal di felda apabila generasi kedua mereka berhijrah ke tempat lain kerana tiada kawasan penempatan untuk mereka. Lantaran itulah, pentingnya kita merancang dari sekarang untuk generasi kedua di sini.

“Kalau kita tidak merancang dari sekarang, pasti akan timbul masalah penempatan untuk golongan ini yang jumlahnya kini menjangkau hampir 300 orang, tambahan pula di sini masih terdapat banyak tanah kosong yang belum diusahakan," katanya.

Bagamanapun katanya, Kerajaan Negeri masih belum mengenal pasti kawasan terlibat dan hal berkenaan akan diuruskan Felcra sedikit masa lagi.

Ulasan: Sebab kepentingan generasi kedua itulah tindakan Isa samad memajak tanah-tanah kosong dalam Felda kepada FGHV ditentang keras. 

Macam mana generasi kedua Felda nak bina rumah kerana semua tanah kosong telah pun berpindah tangan.

Jangan pula nanti ada tangan-tangan hitam dalam Felcra  yang mengikuti langkah Isa Samad itu.
read more...

3 tempoh masa pajakan untuk pemilik tanah di Perlis

KANGAR - Pemohon tanah yang ditawarkan hak pemilikan oleh kerajaan negeri Perlis diberi peluang memilih tiga tempoh masa pajakan yang sesuai dengan kemampuan mereka, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.   

Beliau berkata kerajaan negeri memutuskan tempoh masa pajakan yang boleh dipilih ialah 30 tahun, 60 tahun dan paling lama 99 tahun.
  
Berucap pada majlis penyerahan surat kelulusan lesen menduduki sementara (TOL) kepada 129 pengusaha tanah di Kawasan Felcra Ulu Pauh Fasa 111 dan 1V di sini malam tadi, beliau berkata pemohon boleh memilih tempoh itu berdasarkan kesesuaian dan keupayaan mereka menjelaskan kos pajakan.
  
Md Isa berkata bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan kos pajakan, kerajaan negeri telah membuat keputusan supaya pemohon dibenar membuat bayaran secara ansuran selama 12 bulan.
  
Beliau berkata pemilik tanah pertanian yang berkongsi geran juga boleh memohon untuk mendapatkan geran berasingan tanpa mengira keluasan tanah.

Sementara itu, seorang pengusaha tanah di kawasan Felcra Ulu Pauh, Bahador Hassan, 60, gembira kerana tanah seluas lebih dua hektar yang diusahakan sejak 1969 telah diberi lesen menduduki sementara.
  
Menurutnya, ketika tanah itu diterokai, mereka dimasukkan di bawah rancangan tanah pinggir manakala pada 1984 tanah yang mereka usahakan diserap ke dalam Felcra untuk dimajukan dengan tanaman getah.
  
Bahador berkata tidak lama kemudian mereka memohon untuk keluar daripada Felcra untuk mengusahakan tanah itu secara individu dan harapan itu terlaksana apabila menerima lesen menduduki sementara itu.
  
"Selepas ini kami akan memohon hak pemilikan dan seboleh-bolehnya akan mendapatkan pajakan selama 99 tahun walaupun kosnya lebih tinggi," katanya. - Bernama
read more...

106 peserta Felcra terima pemilikan tanah

JASIN 20 Jun - Seramai 106 peserta Felcra Bhd. kawasan Bukit Sedanan, di sini akhirnya menerima pemilikan tanah seluas 2.43 hektar seorang selepas mengusahakannya sejak 21 tahun lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pemberian tanah itu adalah sebagai menghargai usaha dan pengorbanan peserta Felcra dalam membangunkan tanah dengan tanaman getah dan kelapa sawit seluas 247.75 hektar sejak tahun 1991.

Menurutnya, kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian kepada permintaan seluruh rakyat negeri ini terutamanya yang berkaitan dengan kebajikan dan keperluan awam.

"Hari ini merupakan hari yang bersejarah kepada penduduk Desa Mesra Perdana Felcra Bukit Sedanan kerana sejak sekian lama mengusahakan tanah, akhirnya memiliki tanah berkenaan," katanya pada majlis penyampaian sijil pengisytiharan pegangan tanah peserta Felcra kawasan itu, di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri, Datuk R. Perumal.

Turut hadir, Pengurus Besar Felcra Bhd. Wilayah Tengah, Hazrinor Hisyam Harun, Pengurus Besar Kumpulan Hal Ehwal Peserta Felcra Bhd., Mohd. Fauzi Mohd. Tahir dan Pegawai Daerah dan Tanah Jasin, Roslan Eusoff.

Mohd. Ali berkata, dalam hal kebajikan, seluruh rakyat tidak kira kaum, agama dan latar belakang politik diberikan bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia sebanyak RM500 seorang dan pelbagai lagi bentuk bantuan meliputi aspek pendidikan, perniagaan dan golongan warga emas.
read more...

Saturday, July 7, 2012

Trengganu lulus tapak rumah untuk generasi ke-2 Felcra


Jul 7 2012  
Kerajaan negeri Terengganu meluluskan tanah seluas 40 hektar untuk tapak rumah  generasi kedua Felcra Bukit Kapah, di Hulu Terengganu bagi mengelak mereka berhijrah ke tempat lain.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata antara sebab generasi kedua Felcra itu berhijrah ke merata tempat kerana tiada tempat khusus bagi mereka untuk mendirikan rumah.

"Kita harap generasi kedua Felcra akan terus kekal berada di situ untuk terus mengusahakan tanah keluarga mereka," katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Hak Milik Tanah yang dimajukan oleh Felcra daerah Hulu Terengganu hari ini.

Turut hadir Pengurus Besar Kumpulan Hal Ehwal Peserta Felcra Mohd Fauzi Mohd Tahir.

Ahmad berkata di kawasan Felcra Bukit Kapah terdapat banyak kawasan atau tanah-tanah kosong yang tidak diusahakan untuk dijadikan tapak rumah generasi kedua Felcra di situ.

Sementara itu, Mohd Fauzi berkata Felcra akan mengagihkan dividen kepada 90,000 peserta Felcra di seluruh negara termasuk di Terengganu sebelum Hari Raya Aidilfitri ini.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan jumlah dividen tersebut.

Beliau berkata pada tahun lepas Felcra mengeluarkan dividen RM837 juta termasuk RM54 juta di Terengganu.

Mohd Fauzi berkata di Terengganu setakat ini Felcra telah memajukan kawasan seluas 21,000 hektar melibatkan 5,900 peserta.

Beliau berkata kerajaan negeri sentiasa memberikan komitmen dan yang terbaru meluluskan tanah seluas 120 hektar di Bukit Tuman, di Hulu Terengganu untuk dimajukan oleh Felcra tahun lepas.

Pada majlis tersebut, 653 peserta daripada sembilan projek Felcra di Hulu Terengganu menerima hak milik tanah masing-masing daripada Ahmad.

- Bernama
read more...

Tuesday, June 19, 2012

Polis berkawal di AGM KPF, Isa tak hadir

Ahmad Fadli KC 10:31AM Jun 20 2012

Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Permodalan Felda (KPF) ke-31 berlangsung pagi ini dengan saringan polis yang agak ketat di pintu masuk dewan mesyuarat.

Anggota polis kelihatan berkawal di pintu masuk ke Dewan Perdana Felda, tempat mesyuarat akan berlangsung.

Tinjauan ringkas Malaysiakini di kalangan perwakilan di luar dewan rata-rata berpendapat kehadiran polis sedikit lebih ramai pada mesyuarat tahun ini berbanding tahun lepas.

Pihak urusetia mesyuarat mengesahkan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad tidak akan hadir ke mesyuarat kali ini.
Keahlian Isa dalam KPF sebelum ini menimbulkan pertikaian dan
bantahan beberapa pihak kerana beliau bukan seorang peneroka, anak eneroka mahupun kakitangan Felda.

Mohd Isa merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Negeri Sembilan dan beliau dilantik secara kontrak sebagai pengerusi Felda.

Semalam, mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membekukan sementara keahlian Isa dalam koperasi tersebut.

Hakim Abang Iskandar Abang Hashim berkata terdapat merit untuk membenarkan empat peneroka Felda mencabar keahlian Isa dalam KPF.

Jika keahliannya tidak dibekukan, Isa dipercayai akan dicadang untuk
dilantik sebagai pengerusi KPF yang baru dalam mesyuarat hari ini.  
sumber malaysiakini
read more...

Fitnah: Anwar menang kes saman Datuk Nallakarupan

Wartawan Sinar Harian 19 Jun 2012
SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kes saman fitnah yang dibawa Ketua Pembangkang itu ke atas bekas rakan sukan tenisnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung kenyataan kononnya menerima wang sebanyak RM60 juta.

Satu kenyataan dikeluarkan hari ini menyebut, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan memihak kepada Anwar petang ini. Peguam Anwar, Latheefa Koya berkata, selepas mendengar hujah kedua-dua pihak di kamarnya, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam mengetepikan pernyataan pembelaan pembela.


Katanya, mahkamah juga mengarahkan Nallakaruppan membayar ganti rugi kepada Anwar. Jumlahnya akan ditentukan oleh Pendaftar Mahkamah kelak. 


Anwar diwakili oleh Latheefa dan M Afiq Noor manakala Nallakaruppan pula oleh Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, Sarah Abishegam dan Nurul Nabiha. 

Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat memfailkan saman itu pada 25 Ogos 2008 berhubung artikel bertajuk "Anwar terima RM60 juta" sekitar Ogos 2008 kerana mendakwa Nallakarupan bercakap sesuatu yang tidak benar mengenainya.

Dalam pernyataan pembelaannya pula, Nallakaruppan berkata beliau tidak berniat jahat ketika mengeluarkan kenyataan itu dan berada dalam perlindungan bersyarat. sumber: ww.sinarharian.com.m
read more...

Mahkamah beku sementara keahlian Isa dalam KPF

Koh Jun Lin 6:09PM Jun 19 2012




Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur telah membekukan sementara pelantikan Tan Sri Isa Abdul Samad sebagai pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan keahliannya dalam koperasi tersebut.

Hakim Abang Iskandar Abang Hashim berkata terdapat merit untuk membenarkan empat peneroka Felda mencabar keahlian Isa dan sebagai pengerusi KPF.

Hakim Datuk Abang Iskandar juga menolak semua bantahan awal yang dibangkitkan oleh Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan, kata peguam peneroka berkenaan, Mohamed Hanipa Maidin kepada pemberita.

Oleh itu, keputusan dalam kamar hari ini membenarkan pembekuan sementara terhadap keahlian Isa dalam KPF dan kedudukannya sebagai pengerusi.

"Jadi ada mesyuarat esok dan Isa tak boleh hadir," kata Hanipa kepada pemberita selepas muncul dari kamar hakim. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan, Hanipa Maidin mewakili pemohon Abdul Talib Ali, Abdul Mubin Abdul Rahman, Abdul Razak Mohammad dan Muhamad Noor Atan manakala Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan mewakili responden iaitu Panel Pertikaian Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), SKM, dan KPF.
   
Katanya, mahkamah juga membenarkan permohonan pemohon untuk mendapatkan perintah sementara bagi menggantung status keanggotaan dan pemilihan Mohd Isa dalam KPF di bawah Seksyen 36(1)(b) Undang-Undang Kecil KPF, bagi tujuan pengesahan mesyuarat agung perwakilan KPF yang akan diadakan pada 20 Jun ini dan juga sehingga keputusan penuh semakan kehakiman.

Hanipa berkata antara alasan yang dikemukakan Pejabat Peguam Negara itu ialah peneroka Felda bukanlah pihak yang terjejas dengan keputusan responden dan mereka juga tidak ada 'locus standi' untuk menfailkan saman itu dan isu itu bukan melibatkan undang-undang awam.
   
"Tarikh untuk pendengaran penuh semakan kehakiman belum ditetapkan oleh mahkamah," katanya.
   
Pada 12 Jun lepas, keempat-empat peneroka itu menfailkan permohonan itu bagi memohon deklarasi bahawa keputusan responden pertama dan kedua iaitu Panel Pertikaian SKM, SKM, bertarikh 23 Mei lepas, yang mengekalkan keanggotaan Mohd Isa adalah tidak sah, terbatal dan tidak mempunyai apa-apa kesan.
     
Mereka juga memohon mahkamah membatalkan keputusan itu dan perintah 'mandamus' supaya KPF membatalkan keanggotaan Mohd Isa dalam KPF.

Mereka juga memohon perintah sementara bagi menggantung status keanggotaan dan pemilihan Mohd Isa dalam KPF.
     
Pemohon mendakwa berdasarkan Peraturan 11(1)(c) yang dibaca bersama Peraturan 2 Undang-Undang Kecil KPF, Mohd Isa tidak layak menganggotai KPF kerana beliau bukan kakitangan yang dilantik secara tetap oleh Felda.
   
Mereka berkata Mohd Isa adalah pengerusi Felda yang dilantik secara kontrak dan seorang Anggota Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Negeri Sembilan.
sumber: Malaysiakini
read more...

Wednesday, June 13, 2012

Peserta Felcra tuntut janji

Oleh: Wartawan Sinar Harian Tarikh: June 11, 2012
BUKIT MERAH - Seramai 141 peserta rancangan Felcra kawasan Kampung Perlis, di sini menuntut agensi tersebut untuk mengembalikan sekurang-kurangnya 80 hektar tanah pajakan milik mereka yang didakwa tidak diberikan atas alasan kekurangan tanah.

Wakil peserta, Zainal Salleh,72, kesemua peserta mula menyertai rancangan Felcra pada 1991 dan memeterai perjanjian dengan Felcra untuk dianugerahkan tanah pajakan milik Kerajaan Negeri sebanyak dua hektar setiap seorang bagi mengusahakan tanaman sawit.

Bagaimanapun, kesemua peserta baru menyedari jumlah keluasan tanah yang diperoleh hanya 1.44 hektar dan kekurangan 0.66 hektar daripada syarat yang termaktub dengan perjanjian.

“Perkara ini disedari kami beberapa tahun selepas penyerahan tanah dibuat apabila Pejabat Tanah dan Galian (PTG) datang menyukat tanah kami. “Isu ini dibangkitkan peserta setiap kali mesyuarat agung tahunan Felcra bagaimanapun tiada tindakan susulan dibuat,” katanya sewaktu ditemui di rumahnya di Kampung Perlis, mukim Selinsing, semalam.

Seorang lagi peserta, Abdul Razali Samsudin, 59, berkata, sejak menjadi peserta, beberapa cadangan dikemukakan pengurusan Felcra untuk membolehkan mereka mendapat pampasan lebihan 0.66 hektar antaranya di kawasan tanah  milik MK Land bersebelahan tanah Felcra Kampung Perlis.

Bagaimanapun, cadangan itu tidak menjadi kenyataan dan lebih mengecewakan pembayaran dividen diberikan berdasarkan hasil diperoleh daripada keluasan tanah 1.44 hektar tanah semata-mata.

“Saya menggesa pihak pengurusan mengambil alih tanah seluas lebih 80 hektar milik MK Land bagi memastikan hak peserta dapat diselesaikan.

“Syarat yang termaktub dalam surat perjanjian merupakan perkara yang perlu dipenuhi pihak berkenaan dan saya berharap agensi itu prihatin dengan nasib kami,”katanya.

Sinar Harian berkesempatan menemui bekas Penolong Eksekutif Felcra Berhad Mohamad Halil Johari untuk mendapatkan penjelasan dan mengesahkan masalah membabitkan lebih 141 peserta Felcra Kampung Perlis memang wujud lebih 20 tahun lalu.

Menurutnya, Felcra perlu menyelesaikan segera tuntutan peserta memandangkan sudah dikemukakan sejak sekian lama dan kebanyakan mereka kini sudah hampir menyelesaikan baki pinjaman wang dariagensi itu untuk tujuan  penanaman sawit.

Sementara itu, Pengerusi Felcra, Datuk Tajuddin Abdul Rahman ketika ditemui menjelaskan punca masalah pengagihan tanah kurang daripada syarat perjanjian disebabkan Felcra terpaksa menggunakan sebahagian tanah milik  peserta untuk pembinaan infrastruktur dan kemudahan asas. Katanya, tanah yang diberikan kepada peserta merupakan kurniaan Kerajaan Negeri dan Felcra hanya bertanggungjawab untuk memajukan perusahaan tanaman sawit.

“Terpulang kepada budi bicara Kerajaan Negeri sama ada mampu memenuhi tuntutan peserta atau tidak dan Felcra mungkin akan mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Negeri untuk meneliti semula perkara ini,” katanya  
sumber: www.sinarharian.com.my
read more...

Pinjaman FGVH: Mahkamah benar injunksi peneroka

KUANTAN: Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini membenarkan permohonan 147 peneroka bagi menghalang CIMB Bank dan Amislamic Bank untuk memproses dokumen pinjaman yang ditandatangani mereka baru-baru ini.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, mereka sangat gembira dengan keputusan yang dibacakan Hakim Datuk Mariana Yahya itu dan menunjukkan satu lagi kejayaan warga peneroka.
"Anak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada peguam plaintif, Harris Abdullah yang bertungkus lumus membantu peneroka dalam kes ini," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.


16 Mei lalu, 154 peneroka sekitar Pahang memohon injunksi mahkamah dengan ‘inter parte’ bagi melarang CIMB dan AmIslamic Bank untuk memproses dokumen pinjaman yang ditandatangani mereka.

Mereka juga memohon sekiranya sudah diproses, pihak bank dilarang untuk menyalurkan jumlah pinjaman kepada Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) kerana  kerana mereka menandatanganinya dalam keadaan terpaksa dan tidak faham.

Sehubungan itu, Mazlan menyeru peneroka lain yang menandatangani borang tersebut turut tampil memberi maklumat kepada Anak agar ia boleh dibawa ke mahkamah.

"Saya menyeru mana-mana peneroka yang telah menandatangani borang pinjaman, mereka boleh memberitahu kepada Anak dan kita akan bawa ke mahkamah kerana kejayaan hari ini membuktikan peneroka di pihak yang benar," katanya.

Sementara itu, Mazlan turut mengajak warga Felda untuk bersama-sama Anak menyerahkan notis kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di kediaman rasminya di Putrajaya, selepas solat Jumaat esok.

Notis itu menuntut Najib membuat permohonan terbuka berhubung ucapannya yang menyebut 'haram jadah' kepada peneroka, 8 Mei lalu.

"Saya harap peneroka dapat beri sokongan moral dengan hadir beramai-ramai esok. Kita mahu perdana menteri mohon maaf secara terbuka. kalau gagal, kita akan sama malu," katanya yang juga pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Tambah Mazlan, beliau juga akan membuat pengumuman berhubung tarikh perhimpunan besar-besaran membantah penyenaraian FGVH yang dirancang akhir bulan ini.

"Esok saya akan umumkan tarikh perhimpunan kita dan lokasinya di mana," katanya.

Mazlan sebelum ini berkata,  pihaknya akan menghimpunkan sekurang-kurangnya 20,000 orang di Kuala Lumpur terdiri daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) bagi tujuan itu.

Katanya, perhimpunan itu merupakan kemuncak kepada usaha Anak selepas usaha dilakukan selepas segala pendekatan diplomasi mereka tidak diendahkan.
read more...

Thursday, June 7, 2012

Penyelia Felcra maut kereta bertembung lori


ROMPIN 10 Mei 2012 - Seorang penyelia Felcra Tembangau di Bera maut selepas kereta Proton Wira dipandunya bertembung dengan sebuah lori balak di Kilometer 105, Jalan Kuantan-Segamat, dekat Muadzam Shah di sini awal pagi ini.

Kejadian berlaku pukul 5.55 pagi mengakibatkan mangsa, Mohamad Husnaini Mohamad Ibrahim, 23, maut di tempat kejadian setelah cedera parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Johari Jahaya berkata, pemandu lori balak terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum kenderaannya memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta dipandu mangsa.

“Ketika kejadian, lori itu dalam perjalanan dari Gemas menghala ke Kuantan manakala mangsa ketika itu dalam perjalanan ke tempat kerjanya," katanya hari ini. - UTUSAN
read more...

Friday, May 11, 2012

Felcra awaiting land to build international college

FELCRA Bhd will invest RM300mil in the next five years to set up a college to help develop second-generation Felcra settlers into capable and progressive human capital for the nation.
Its chairman Datuk Tajuddin Abdul Rahman said the college, to be known as Felcra International College, would be built on a 100ha piece of state land in Bandar Baru Seberang Perak near Kampung Gajah.
“We now are waiting for approval from the state government for the said land.
“Construction works of the first phase will commence once we get the approval,” he told reporters after presenting land titles to 108 people at the Dewan Serbaguna Felcra Changkat Lada on Tuesday.
New home:Mohd Nasir Uda Mat Diah smiling while receiving a mock house key from Tajuddin (left).
He also presented mock keys to 41 low-cost house recipients.
He added that Felcra would be investing RM60mil in the project’s first phase.
Tajuddin, who is also Pasir Salak MP, said the college would offer industry-related courses based on market needs and demands.
He added that Felcra also planned to upgrade the status of the proposed college to a university-college within five years of commencing operations.
read more...
CUIT SIKIT!!  

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl